KOTA BHARU: Bekas Penghulu Mukim Seribong, di sini dipercayai lemas apabila luncur udara (paragliding) yang dinaiki bersama rakan baiknya mengalami kerosakan enjin sebelum terjunam ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok pada petang Jumaat.
Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa, Mustaffa Isa, 62, maut di lokasi manakala sahabatnya yang berusia 77 tahun mengalami kecederaan ringan.
Menantu mangsa, Rozaidi Ismail, 48, berkata, bapa mentuanya pernah beberapa kali melakukan aktiviti tersebut sebelum ini.
"Saya sendiri terkejut apabila mendengar perkhabaran itu petang tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat keadaannya.
"Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seribong secepat mungkin," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin ketika dihubungi memberitahu, kedua-dua warga emas itu dipercayai rakan sekampung.
Ujarnya, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari menara APM di pantai berkenaan.
Beliau memberitahu, sebelum kejadian, anggota yang berada di menara, terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum keduanya jatuh ke dalam laut.
"Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamatkan salah seorang mangsa.
"Bagaimanapun Mustaffa yang merupakan penumpang tenggelam dan dijumpai dalam kedalaman kira-kira tiga meter," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 23 2023
Bekas Penghulu Mukim Seribong, Kota Bharu dipercayai lemas apabila luncur udara yang dinaiki bersama rakan baiknya mengalami kerosakan enjin sebelum terjunam ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok pada petang Jumaat. - Foto ihsan pembaca
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok
Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Bekas penghulu maut, luncur udara terjunam ke dalam laut
Mangsa dipercayai lemas apabila paragliding yang dinaiki mengalami kerosakan enjin sebelum terjunam ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok.