MELAKA: Bekas Pengurus Besar syarikat Panorama Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat, atas tuduhan menyalahgunakan jawatannya untuk melantik anak sendiri sebagai Penolong Pegawai Sumber Manusia di syarikat milik kerajaan negeri itu.
Datuk Abu Bakar Jani, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya dengan terlibat dalam proses temuduga pemilihan jawatan dalam melantik Nurnadiah Abu Bakar, ke jawatan Penolong Pegawai Sumber Manusia di syarikat berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Syarikat Panorama Melaka Sdn. Bhd. Lot 19B& 19C Zone B, Bangunan Terminal, Melaka Sentral, Jalan Tun Abdul Razak, di sini, pada 27 Disember 2018.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh dan mengemukakan syarat tambahan iaitu pasport perlu diserah kepada mahkamah serta melapor diri ke Pejabat SPRM sebulan sekali.
Tertuduh yang diwakili Peguam Zulfahmi Abu Bakar memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh telah bersara tidak mempunyai pendapatan tetap selain menanggung dua anak masih bersekolah.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dan membenarkan syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan selain menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 16 2024

Abu Bakar mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Melaka. - Gambar/ Sinar Harian

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Kartel baja: SPRM tahan dua bekas pengurus besar
Kedua-dua suspek lelaki itu ditahan sekitar 8.30 malam Sabtu, ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk dirakamkan keterangan.

Pengurus Besar PPK dan timbalan didakwa pecah amanah
Tertuduh, Nurizah Noordin, 49, dan Roslin Allias, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Bekas pengurus besar didakwa guna jawatan lantik anak
Datuk Abu Bakar Jani, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Buat tuntutan palsu, pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu direman
Suspek disyaki menggunakan isterinya dengan mengemukakan invois syarikat yang palsu dan perbuatan itu dilakukan sejak 2018.

Salah guna kuasa: Pengurus besar koperasi direman
Lelaki terbabit ditahan semalam, selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua pengurus syarikat GLC ditahan disyaki terima rasuah RM800,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu yang merupakan Pengurus Besar dan Pengurus Akaun sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Salah guna kuasa: Reman tamat, pengurus besar agensi kerajaan bebas
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim membenarkan lelaki berusia 62 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas reman ke atasnya berakhir hari ini.

Pengurus besar direman tujuh hari bantu siasatan kes salah guna kedudukan
Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan hari ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukannya.

Pengurus besar GLC mengaku tidak bersalah terima suapan wang tunai RM1.8 juta
Seorang pengurus besar GLC mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah hampir RM1.8 juta.