Bekas pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM170,477 pada 2015 dan 2018.
Zaharuddin Hamid, 47, yang merupakan bekas Pengurus Kanan Teknikal (Seksyen Pembangunan Hartanah) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Bagi semua pertuduhan, Zaharuddin didakwa secara rasuah menerima suapan daripada Yusaidi Mohd melalui syarikat Amaneez Creative Solution menggunakan cek yang didepositkan ke dalam akaun Maybank milik kakaknya, Zanita Hamid berjumlah RM170,477 sebagai upah mencadangkan syarikat Consoline Sdn Bhd dan Syarikat MNB Engineering Sdn Bhd bagi kerja ubah suai pejabat TH Ipoh (IFiC), Perak dan tiga di Johor iaitu TH Muar, TH Batu Pahat serta TH Kluang.
Dia dituduh melakukan tiga kesalahan itu di Maybank Desa Pandan, di sini, antara 5 Okt 2015 dan 24 Mei 2018 mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Abdul Rashid Sulaiman menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Ibu Pejabat SPRM sebulan sekali.
“Kesalahan ini adalah kesalahan yang serius, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. Selain itu, kedudukan tertuduh di dalam Tabung Haji sebagai pengurus kanan juga perlu diambil kira,” kata Abdul Rashid.
Peguam M. Athimulan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan sekitar RM40,000 atas alasan tertuduh memberi kerjasama baik kepada SPRM.
“Tertuduh kini tidak bekerja dan sejak ditahan SPRM, anak guam saya juga mengalami kemurungan. Pihak kami bersedia jika mahkamah mengenakan sebarang syarat tambahan,” katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Sept depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
Peguam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan sekitar RM40,000 atas alasan tertuduh memberi kerjasama baik kepada SPRM. - Gambar hiasan
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Syed didakwa lagi, rogol wanita 23 tahun
Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita itu di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam, 11 Sept tahun lepas.
Bekas pengurus kanan Tabung Haji didakwa terima suapan lebih RM170,000
Zaharuddin Hamid, 47, yang merupakan bekas Pengurus Kanan Teknikal (Seksyen Pembangunan Hartanah) membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Kes tenaga solar di Sarawak: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan
Majistret Chyfica Mohamed Zamri membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman.
1MDB: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan
Majistret Muhammad Bukhari Md Ruslan membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman.
Laporan Farid Kamil: Dua artis belum tampil bantu siasatan
Dua lagi artis yang diminta untuk tampil membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sebelum ini masih belum tampil.
Pelakon filem KL Gangster bebas dengan jaminan polis
Selasa lalu, dia ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada jam 11 malam ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari.
Bomoh lakukan seks luar tabie, kelucahan melampau didakwa
Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan di sini.
Polis tahan khatib didakwa menghasut semasa khutbah Jumaat
Polis Pulau Pinang pada Khamis menahan seorang khatib kerana didakwa mengkritik tindakan Kerajaan Persekutuan dan polis menangkap anggota PPS secara beramai-ramai pada 31 Ogos lalu.