KUANTAN: Bekas pengurus sebuah syarikat pembinaan didenda RM700,000 oleh Mahkmah Sesyen Kuantan, hari ini atas tuduhan membuat tuntuan palsu berkaitan kerja-kerja naik taraf tujuh tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu selepas Lee Teh Hok, 66, mengaku bersalah atas dakwaan melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bera, pada April 2014.
Teh Hok didakwa mengemukakan dokumen tuntutan palsu sebagai tulen bagi projek naik taraf dan kerja tanah Jalan FT1510 Seksyen 1-18 Daerah Bera bernilai RM17.8 juta.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang bertindak sebagai penasihat teknikal ketika itu telah mengarahkan jurukur dilantik untuk mengubah jumlah kuantiti tanah import lebih daripada nilai yang ada di tapak.
Pertuduhan kes tersebut dikemukakan mengikut Sesyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sebelum itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan tahap keseriusan kes iaitu denda antara RM500,000 hingga RM1 juta.
Bagaimanapun tertuduh diwakili peguam Lim Kon Keen meminta mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh dan kerjasama diberikan sepanjang siasatan berjalan.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain kemudiannya memutuskan tertuduh dikenakan denda RM700,000 atau dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Mohd Zalani Md Atan
Mon Aug 09 2021

Tertuduh mengarahkan jurukur dilantik untuk mengubah jumlah kuantiti tanah import lebih daripada nilai yang ada di tapak. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tuntutan palsu: Ketua balai bomba di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Penjawat awam lelaki berusia 49 tahun itu dilepaskan pada Jumaat, namun siasatan terperinci mengenai kes itu masih diteruskan SPRM Perlis.

SPRM tahan dua lagi individu disyaki terbabit tuntutan palsu RM2.6 juta
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan antara 7 malam hingga 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta
Sumber SPRM memaklumkan empat individu terlibat adalah dua pengarah syarikat dan dua naib presiden kanan syarikat berusia antara 50 hingga 60-an.

SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.

Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.

Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500
Seorang pemilik syarikat penyedia latihan didakwa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM85,500 kepada agensi sebuah kementerian.

Dua anggota pasukan keselamatan direman kes tuntutan palsu
Kedua-dua suspek berusia 42 dan 31 tahun berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 5.20 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.