Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Penolong Eksekutif Felcra Urus Estet Changkat Jong, Teluk Intan, malam tadi.
Ia bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan pemilikan 13 lot tanah antara 2007 hingga 2018.
Lelaki berumur 56 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Meru, dekat sini, pada 11.17 malam Khamis.
Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat untuk mendapatkan perintah reman.
Penolong Pendaftar Azuratul Akmar Abdul Ghafar membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari, hingga Isnin.
Suspek dikatakan menggunakan kedudukannya sewaktu bertugas untuk mendapatkan tanah berkenaan dengan cara menamakan kroninya kepada pihak Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah (JKPTD) Hilir Perak sebagai peserta di satu kawasan Rancangan Pertanian Berkelompok di bawah Projek Tanah Milik FELCRA Berhad, sebelum dipindah milik kepada diri sendiri dan saudaranya selepas lima tahun.
Berikutan itu, suspek dan saudaranya dikatakan menerima bayaran dividen dari pihak Felcra Berhad lebih RM1 juta dari 2008 hingga sekarang sebagai peserta projek berkenaan.
Antara 2012 hingga sekarang, suspek juga dikatakan giat meminta rasuah berjumlah RM40,000 bagi setiap ekar tanah daripada beberapa penduduk setempat atau kenalannya.
Ia sebagai balasan menggunakan kedudukannya sebagai Penolong Eksekutif dalam memasukkan nama-nama mereka ke dalam JKPTD Hilir Perak untuk mendapatkan tanah rancangan berkenaan, termasuklah tanah berstatus rizab Melayu kepada bukan Melayu.
Penggeledahan di rumah suspek pada Khamis menemukan beberapa harta yang disyaki dimiliki hasil kegiatan rasuah.
Antaranya dua kenderaan jenis Toyota Harrier dan Toyota Hilux, dua set perabot sofa mewah, 22 beg tangan berjenama mewah, sembilan geran lot tanah atas nama suspek dan saudaranya, dan sebuah banglo yang dianggarkan bernilai RM600,000.
Jumlah keseluruhan aset yang dimiliki suspek dianggarkan melebihi RM 1 juta, berbanding kemampuan emolumen yang diraih olehnya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Apr 05 2019

Bekas Penolong Eksekutif Felcra Urus Estet Changkat Jong itu ditahan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa. -Gambar hiasan
AWANI Borneo [6/3/2025] – Bincang dasar kewangan strategik | Hak autonomi umno Sabah | Dua juragan tempatan ditahan
#AWANIBorneo bersama Fauzi Zin
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran
Mangsa kebakaran Kg Tabuan Lot reda hilang persiapan sambut raya
Semalam detik hitam menimpa penghuni empat kediaman di Kampung Tabuan Lot, Kuching

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.
Pempengaruh antarabangsa kongsi kegembiraan bersama penduduk Pulau Bum-Bum
Beberapa pempengaruh antarabangsa berkunjung ke Pulau Bum-Bum bagi merasai pengalaman berpuasa selain berkongsi kegembiraan bersama penduduk menerusi inisiatif Changemakers 2025 MyFoundation.
Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata penggantungan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya dalam parti itu yang diumumkan sebelum ini adalah sah dan rasmi.
Program Ketuk Sahur tingkat perpaduan antara kaum
Sebanyak 250 buah rumah akan dikunjungi dalam Program Ketuk Sahur anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka termasuk rumah penduduk bukan Islam.
Jentera UMNO guna pendekatan lebih sistematik hadapi PRN-17
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed optimis tahap kesiapsiagaan umno sabah juga kini sudah di tahap yang memuaskan dan bersedia untuk bertarung dengan mana-mana parti pada
APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya rampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi tanpa permit di percayai cuba di seludup ke negara jiran dalam dua operasi berasingan di perairan daerah ini, Selasa lepas.
Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Bekas Penolong Eksekutif anak syarikat Felcra ditahan kes salah guna kuasa
Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.