MELAKA: Seorang bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas empat pertuduhan membuat tuntutan palsu mendapatkan bayaran balik emolumen berjumlah RM154,864.40, tujuh tahun lepas.
Muhammad Anuar Mat Zin, 38, didakwa memperdaya empat guru sambilan iaitu Mohd Zulhilmi Ismail, Abdul Hafidz Abdul Aziz, Mohd Luqman Yusof dan Mohd Khairul Afif Mohd Ghazali untuk mempercayai resit rasmi bagi maksud penerimaan bayaran balik emolumen Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Bantuan Sara Hidup (COLA) dan Elaun Kakitangan Awam (EKA) kerana peletakan jawatan JAIM-KPM (1/12/2016-30/11/2018) adalah tulen.
Ini mendorong Mohd Zulhilmi dan Abdul Hafidz menyerahkan wang masing-masing berjumlah RM30,749.88, Mohd Luqman (RM41,299.84) dan Mohd Khairul Afif (RM52,064.80).
Muhammad Anuar didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Sumber Manusia 2, JAIM, Melaka Tengah antara 8 Nov 2017 hingga 19 Julai 2018.
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka Nur Syakila Yaacob menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali.
Peguam Mohd Nazri Abd Hamid memohon jaminan rendah atas faktor anak guamnya merupakan bapa tunggal kepada tiga anak dan perlu menjaga ibu bapanya yang uzur di samping setuju dengan syarat tambahan dicadangkan.
Hakim Elesabet Paya Wan kemudian menetapkan jaminan RM10,000 serta bersetuju dengan syarat tambahan yang dicadangkan dan menetapkan 15 Sept depan bagi sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Muhammad Anuar (kanan) ketika dibawa keluar oleh kakitangan SPRM dari Mahkamah Sesyen pada Rabu. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Melaka kesan cubaan sebar ajaran 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.

Papar gambar pemimpin politik dalam khutbah Jumaat, 4 pegawai JAIM kena tindakan tatatertib
JAIM mengambil tindakan tatatertib terhadap empat pegawainya berhubung penggunaan gambar pemimpin politik pada paparan infografik slaid khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri itu, minggu lepas.

Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun malam ini
Mangsa banjir di Alor Gajah sedikit menurun kepada 407 orang daripada 121 keluarga pada 7.30 malam ini berbanding 418 orang daripada 127 keluarga pada 4 petang tadi.

Bekas penolong pegawai tadbir JAIM didakwa buat tuntutan palsu lebih RM154,000
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Ahli kumpulan ajaran Suhaini Mohammad ditahan di Jasin
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di daerah Jasin kira-kira jam 8.30 malam, pada Ahad lalu.

Tabung derma guna nama tahfiz tak wujud dirampas
Modus operandi sindiket tabung kutipan derma ini adalah meninggalkan tabung di premis tertentu sebelum datang mengambilnya semula.

JAIM siasat sindiket nikah ekspres babitkan warga asing
Pernikahan ekspres yang hanya bermodalkan RM450 bagi setiap pasangan itu terbongkar selepas jabatan itu menahan pasangan etnik Rohingya dan warga negara jiran dalam serbuan di Pulau Senang.

Bekas guru agama mengaku tidak bersalah cedera rakan
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas Nurul Nadirah Ahamd Ropie berusia 24 tahun.

Helah mengaku adik-beradik, elak dicekup khalwat
Seorang lelaki sanggup berbohong dan mengakui teman wanitanya merupakan adik kandung ketika diperiksa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka.

Melaka komited perkasa bidang pendidikan Islam - Ketua Menteri
Kerajaan Negeri Melaka komited memperkasa bidang pendidikan Islam terutama dalam aspek menambah baik infrastruktur di semua Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).