NEW DELHI: Bekas presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke luar negara ketika penunjuk perasaan menyerbu rumah dan pejabatnya pada Julai lalu, telah kembali ke tanah air.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandranaike (BIA) Colombo pada Jumaat sambil diiringi beberapa menteri dan ahli politik, lapor media tempatan.
Gotabaya tiba dari Thailand dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines.
Pemimpin berusia 73 tahun itu meninggalkan Sri Lanka menuju ke Maldives pada 13 Julai dengan menaiki pesawat tentera bersama isterinya dan kemudian berlepas ke Singapura.
Gotabaya secara rasmi meletak jawatan sebagai presiden ketika berada di luar negara, memberi laluan kepada perdana menteri ketika itu Ranil Wickremesinghe untuk menjadi presiden baharu Sri Lanka.
Sri Lanka, gagal melunaskan hutang asing pada April, menyaksikan kadar inflasi melonjak kepada 64.3 peratus pada Ogos.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin memaklumkan pihaknya telah menandatangani perjanjian awal untuk memberi pinjaman AS$2.9 bilion kepada Sri Lanka bagi membantu negara itu pulih daripada krisis ekonominya.
BACA: Krisis kewangan: Sri Lanka bakal terima pinjaman IMF AS$2.9 bilion
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Kenderaan dipercayai membawa Gotabaya Rajapaksa meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike sebaik beliau tiba. - Foto AP
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Bekas Presiden Gotabaya Rajapaksa kembali ke Sri Lanka
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandranaike (BIA) Colombo pada Jumaat sambil diiringi beberapa menteri dan ahli politik.
Bekas Presiden Sri Lanka, Rajapaksa akan kembali minggu depan - Laporan
Bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ketika protes besar-besaran di negaranya pada Julai, dijangka pulang minggu depan.
Bekas Presiden Sri Lanka tidak mohon suaka politik di Thailand
Bekas Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa boleh masuk ke Thailand seperti yang diminta oleh kerajaan negaranya, tetapi untuk tempoh sementara.
Mahkamah Agung keluarkan notis kepada Rajapaksa
Notis itu dikeluarkan pada Rabu dengan sekurang-kurangnya satu petisyen difailkan terhadap ahli politik berkenaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden Sri Lanka akhirnya letak jawatan
Surat peletakan jawatan itu dihantar melalui e-mel kepada Speaker Parlimen.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura sahkan Presiden Sri Lanka dibenar masuk ke republik itu
Gotabaya Rajapaksa dibenar masuk ke negara itu atas tujuan lawatan peribadi.
Penunjuk perasaan ambil alih pejabat Perdana Menteri Sri Lanka
Penunjuk perasaan menyerbu pejabat perdana menteri di Colombo pada Rabu walaupun sejumlah besar pasukan keselamatan telah ditempatkan di pejabat itu ketika krisis politik dan ekonomi Sri Lanka semakin
Perintah berkurung di Sri Lanka, rakyat Malaysia dinasihat kekal di rumah
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka gesa rakyat Malaysia patuhi perintah berkurung yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan.