PETALING JAYA:Bekas presiden Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan mengingkari arahan polis ketika serbuan di sebuah rumah, Sabtu lepas.
Wong Yan Ke, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengingkari arahan Asisten Superintendan Lee Robert supaya berhenti membuat rakaman video secara langsung ketika polis membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan 17/48, di sini, pada 7 November lalu.
Graduan Universiti Malaya (UM) itu didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sebulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Atifah Hazimah Wahab menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh selepas mengambil kira kes itu melibatkan kepentingan awam dan telah tular di laman sosial.
Sementara itu, Bernama melaporkan peguam tertuduh, Rajsurian Pillai bagaimanapun memohon supaya anak guamnya dikenakan bon tanpa cagaran memandangkan hukuman yang diperuntukan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan adalah rendah.
“Beliau kini bekerja di sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan berpendapatan RM2,600 sebulan.
“Selain itu, ketika ditahan tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa. Dia tidak akan melarikan diri dan mengganggu mangsa. Jika mahkamah menolak cadangan bon ini, mohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum,” katanya
Mahkamah membenarkan Wong diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari untuk sebutan semula kes.
Sabtu lepas, media melaporkan seorang lelaki ditahan ketika polis membuat serbuan di sebuah rumah di Petaling Jaya berhubung siasatan kes Akta Hasutan melibatkan Persatuan UMANY.
Astro Awani
Fri Nov 13 2020

Wong Yan Ke bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya. -Gambar/ Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Bekas Presiden UMANY gagal batal pertuduhan ingkar arahan polis
Mahkamah Majistret menolak permohonan bekas presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) Wong Yan Ke untuk membatalkan tuduhan mengingkari arahan polis yang dihadapinya.

Bekas presiden UMANY dihadapkan ke mahkamah
Wong Yan Ke, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.

Kenyataan UMANY biadab, perlu mohon maaf kepada rakyat - MPKK
Presidennya, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata tindakan UMANY itu tidak boleh diterima sama sekali.