AYER KEROH: Bekas setiausaha politik kepada mantan Ketua Menteri Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM408,736 sebagai ‘upah’ projek pembinaan masjid, enam tahun lalu.
Tertuduh Datuk Rosli Hasan, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus 12 pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima suapan dalam bentuk khidmat pengubahsuaian rumah milik isterinya bernilai RM323,736 di Taman Pokok Mangga antara Mei 2017 hingga Februari 2018.
Tertuduh turut didakwa atas 11 pertuduhan secara rasuah menerima suapan wang berjumlah RM85,000 melalui bayaran kad kredit antara Mei 2017 hingga 19 Oktober 2017.
Kesemua suapan berkenaan sebagai dorongan membantu sebuah syarikat untuk dilantik sebagai kontraktor bagi projek mereka bentuk, membina dan menyiapkan sebuah masjid, dewan serbaguna, tiga lot kedai dan rumah sampah secara reka dan bina di atas sebahagian tanah di Lot 341 dan Lot 345, Mukim Bachang, bernilai RM5.28 juta.
Justeru, tertuduh yang sebelum ini merupakan setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka ke-10, Datuk Seri Idris Haron didakwa mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Irwan Shah Abdul Samad mencadangkan jaminan sebanyak RM80,000 serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain meminta tertuduh melapor diri ke pejabat SPRM sekali sebulan.
Tertuduh yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork bagaimanapun memohon jaminan RM30,000 dijadikan bercagar dan RM50,000 memandangkan tertuduh perlu menanggung dua isteri dan lapan anak dengan hanya mengharapkan pencen sebanyak RM2,018 sebulan.
Hakim Elesabet pada penghakimannya kemudian membenarkan rayuan pihak pembelaan serta cadangan syarat tambahan pihak pendakwaan dan menetapkan 16 Mei bagi untuk sebutan semula kes.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Apr 13 2023

Tertuduh (tengah) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM408,736. - Astro AWANI
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Reman bekas setiausaha politik, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan 3 hari
Tempoh reman ke atas seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri dilanjutkan tiga hari lagi.

Bekas Setiausaha Politik Mohamad Sabu bebas tuduhan rasuah RM6.48 juta
Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, daripada tujuh pertuduhan menerima dan meminta rasuah.

Setiausaha Politik PM bidas kenyataan Abdul Hadi 'kerajaan tak dapat disucikan'
Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara sinis mendakwa seolah-olah kerajaan tidak dapat disucikan kerana dikelilingi bekas banduan dan perasuah, tidak mencerminkan nilai agamawan Islam.

Bekas setiausaha politik minta rasuah lulus projek percetakan buku antara dua ditahan SPRM
Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kanan adalah antara dua individu yang ditahan SPRM disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku.

Setiausaha Politik Anwar buat laporan polis
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri membuat laporan polis terhadap tiga individu kerana mengeluarkan dan menyebar beberapa kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap Perdana Menteri.

Bekas setiausaha politik Idris Haron didakwa terima suapan lebih RM400,000
Tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM408,736 sebagai upah projek pembinaan masjid, enam tahun lalu.

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.

13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia hari ini
Seramai 13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah simpan rahsia.

Polis siasat Setiausaha Politik ADUN pembangkang Perak
Polis telah merakam percakapan seorang Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada sebuah parti pembangkang di Perak berhubung sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya

'Saya tak sebut pun nama dia' - Tun Mahathir bidas Tony Pua
Kupasan buku terbaharu Tun Dr Mahathir, Capturing Hope: The Struggle Continues For a New Malaysia yang mengundang bidasan Tony Pua jelas menggambarkan apa yang terkandung dalam buku itu benar.