ALOR SETAR: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Md Rozai Shafian, 69, meninggal dunia akibat komplikasi dalaman pada 11.40 malam tadi, di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Anak Allahyarham, Anas Aidi berkata kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sini sebelum dipindahkan ke HSB.
"Arwah bapa sepatutnya menjalani satu prosedur perubatan tetapi tidak dapat diteruskan berikutan keadaannya yang tidak stabil sebelum dia disahkan meninggal dunia malam tadi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Amin di Kobah, Pendang selepas solat zuhur hari ini.
Allahyarham Md Rozai yang dilantik sebagai Speaker DUN Kedah dari 2013 hingga 2018 juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Pendang pada 1999 hingga 2004.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mewakili seluruh kepimpinan UMNO Kedah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Sesungguhnya UMNO Kedah telah kehilangan seorang bekas pemimpin yang banyak meninggalkan jasa khususnya ketika berkhidmat selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah dan juga Ketua UMNO Bahagian Pendang dan kemudiannya selaku Speaker DUN Kedah.
"UMNO Kedah turut merakamkan penghargaan atas segala jasa dan bakti Allahyarham sepanjang seusianya bersama kepimpinan UMNO Kedah. Allahyarham merupakan sahabat lama saya yang dikenali lebih 30 tahun lalu, saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan para solihin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Md Rozai meninggalkan isteri, Datin Khalijah Ghazali dan enam anak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Allahyarham Md Rozai yang dilantik sebagai Speaker DUN Kedah dari 2013 hingga 2018 juga pernah menjadi ADUN Sungai Tiang, Pendang pada 1999 hingga 2004. - Foto Sinar Harian

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.