PASIR PUTEH: Seorang bekas tentera dari Kampung Padang Pak Amat di sini terus kental menjual roti canai pada harga 50 sen sekeping tanpa menghiraukan harga tepung gandum dan lain-lain bahan mentah naik mendadak ketika ini.
Md Kamil Abdullah, 64, tetap istiqamah menjual roti canai kosong pada harga tersebut sebagaimana yang dilakukan sejak tahun 1988.
Md Kamil berkata, dia tidak berniat untuk menaikkan harga sebaliknya akan terus mengekalkannya sebagai tanda perkongsian rezeki bersama penduduk setempat.
"Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menjual roti canai pada harga 50 sen sekeping.
"Lagipun ini merupakan salah satu usaha saya bersama keluarga mengumpul saham akhirat," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Padang Pak Amat, Jalan Jeram Pasu di sini pada Jumaat.
Menurutnya, tindakan menjual roti canai dengan harga 50 sen menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Katanya, permintaan roti canai melebihi 1,000 keping setiap hari ketika ini apabila kebanyakan peniaga lain mulai menaikkan harga selepas berlakunya krisis tepung gandum.
Md Kamil berkata, kebiasaan sebanyak 1,000 sahaja akan dijual, namun terpaksa ditambah agar tidak mengecewakan pelanggan.
"Walaupun bekalan tepung agak terhad ketika ini, namun saya tetap akan berusaha mendapatkannya.
"Biasanya saya akan membeli lebih sedikit daripada biasa bagi mengelakkan bekalan terputus," katanya.
Dia berkata, pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada penduduk setempat tetapi dari seluruh Pasir Puteh serta jajahan lain serta luar Kelantan.
Katanya, anak sulungnya yang berniaga di Kampung Aur Gading, Kuala Lipis Pahang turut mengikut jejaknya dengan menjual roti canai 50 sen sekeping.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 28 2022
Md Kamil menjual roti canai dengan harga 50 sen sejak tahun 1988. -Foto Sinar Harian
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan ditikam dalam rompakan di kediamannya
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
Bekas tentera kekal jual roti canai 50 sen sejak 1988
Md Kamil berkata, dia tidak berniat untuk menaikkan harga sebaliknya akan terus mengekalkannya sebagai tanda perkongsian rezeki bersama penduduk setempat.