Bekas Timbalan Pengarah sebuah agensi kerajaan dan seorang pekerja swasta, yang direman bagi membantu siasatan berhubung menerima suapan berjumlah RM270,000 bagi mendapatkan projek berkaitan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), dibebaskan hari ini.
Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan kedua-dua lelaki berusia 42 dan 43 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dan RM2,000 seorang dan seorang penjamin.
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9.00 pagi dengan berpakaian biasa dan tangan bergari.
Kedua-kedua individu itu sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari bermula Khamis.
Suspek dipercayai menerima suapan daripada pekerja syarikat berkenaan sebagai balasan ke atas kelulusan projek yang dianugerahkan kepada syarikat terbabit.
Menurut jurucakap SPRM, kedua-dua suspek ditahan di sebuah pusat membeli-belah sekitar Putrajaya sehari sebelum itu dipercayai berkaitan penerimaan wang tunai berjumlah RM50,000, iaitu baki jumlah wang rasuah sepatutnya diterima suspek.
Jelasnya, suspek didakwa menerima wang suapan itu secara berperingkat sejak 2015 oleh syarikat terlibat sebagai ganjaran kerana menganugerahkan projek berkenaan.
USP adalah satu usaha kerajaan dalam memperluas jaringan komunikasi dan multimedia, khususnya bagi kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 13 2019

Suspek dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dan RM2,000 seorang dan seorang penjamin. - Gambar hiasan

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Pekerja swasta mengaku salah tawar rasuah kepada pegawai imigresen
Seorang pekerja swasta mengaku bersalah datas tuduhan menawarkan rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang penolong penguasa imigresen.

Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.

Maut terlanggar tiang elektrik
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika pekerja swasta itu dalam perjalanan dari Rompin menghala ke Pekan.

Pekerja swasta rugi RM53,000 ditipu Macau Scam
Seorang pekerja swasta kerugian RM53,000 selepas ditipu oleh siindiket 'Macau Scam' yang menghubunginya dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai atas syarikat miliknya, Jumaat lalu.

Pekerja swasta rugi RM32,400 ditipu individu menyamar pegawai LHDN, polis
Mangsa terima panggilan telefon daripada individu yang menyamar pegawai 'LHDN' memaklumkan mangsa ada tunggakan cukai RM17,600.

Pekerja sektor swasta di Sibu dapat suntikan vaksin minggu hadapan
Pusat pemberian vaksin itu akan dikendalikan oleh kolej universiti itu, bersama SEGi Medical School dan sebuah syarikat pemegang pelaburan Pansar Berhad.

Wanita kerugian lebih RM100,000 ditipu sindiket Macau Scam
Mangsa menerima panggilan pada 20 September lalu daripada seorang individu bernama Razali yang menyamar sebagai pekerja Pejabat Pos Kuala Lumpur.

Bapa dipenjara dua tahun aniaya anak kandung hingga cedera
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu ke atas G Viswanathan, 39, seorang pekerja swasta di Singapura, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

COVID-19: Elak pekerja swasta dibuang, kerajaan bantu majikan sediakan upah RM600
Menerusi program ini, Muhyiddin berkata, kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.

Cuti paterniti: Kerajaan akan terus siri perbincangan - Dr Wan Azizah
Kerajaan akan mendapatkan kata sepakat isu cuti paterniti untuk pekerja swasta menerusi siri perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk majikan.