Seorang bekas tukang cuci dihukum penjara tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak berkumpulan terhadap pekerja kedai serbaneka 7-Eleven, tahun lalu.
Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Riduan Sekh Ruslan, 21, setelah dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mohd Riduan bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Nor Rashidah Radzali, 20, dengan mengambil wang tunai sebanyak RM42 dan enam kotak rokok milik 7-Eleven, di kedai serbaneka itu di No.9 GF Jalan SP 2/2 Seksyen U3, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, pada 7.30 pagi, 28 Nov tahun lalu.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat.
Terdahulu, tertuduh yang menangis semasa rayuan bagi mengurangkan hukuman berkata dia perlu menanggung keluarga dan mempunyai ibu yang menghidap penyakit barah payudara.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah.
Bernama
Thu Mar 14 2013
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Perjanjian Paris: negara kekal komited walau A.S tarik diri - Ketua Iklim Pbb
Negara-negara di seluruh dunia terus berpegang teguh kepada pelan iklim nasional masing-masing dan berusaha memimpin peralihan tenaga bersih, meskipun Amerika Syarikat merancang untuk keluar daripada Perjanjian Iklim Paris.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin
Menurut kenyataan kementerian luar mesir, negara itu menentang sekeras-kerasnya kenyataan beberapa anggota kerajaan Israel baru-baru ini mengenai rancangan untuk mengusir rakyat Palestin.
Sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta tumpas
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam berjumlah RM4.45 juta dalam serbuan di tiga premis di Keningau, Sabah, Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dalam kenyataan berkata hasil serbuan itu dalam operasi bersepadu Op Taring Alpha 1 dan Alpha 2, lima individu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dalam kenyataan berkata hasil serbuan itu dalam operasi bersepadu Op Taring Alpha 1 dan Alpha 2, lima individu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan.
Grab-GoTo: Antara kuasa pasaran dan manfaat pengguna
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan, serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.
Hati hati dengan 'cancel culture' di media sosial
Masyarakat disaran untuk berhati-hati dengan fenomena budaya memboikot seseorang individu atau cancel culture yang seringkali diamalkan di platform media sosial.
Hindari jurang generasi dengan komunikasi efektif
Kaedah komunikasi yang efektif untuk berbicara dengan pelbagai generasi termasuk golongan generasi z perlu diamalkan agar sebuah persefahaman dapat dibentuk.
Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Nurul Afreen Naquiah Haminudin pendekatan itu berupaya membina keharmonian, sekaligus dapat menghindari salah faham di antara generasi.
Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Nurul Afreen Naquiah Haminudin pendekatan itu berupaya membina keharmonian, sekaligus dapat menghindari salah faham di antara generasi.
Kenderaan berat : dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
LLM memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb.
7CAFé oleh 7-Eleven perkenal menu baharu sedia dimakan
Jason Koven memaklumkan, kafe tersebut menyajikan pilihan menu sesuai dengan pilihan gaya hidup semasa.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
7-Eleven akan jual keseluruhan 75 peratus pegangan dalam Caring kepada BIG Pharmacy
7-Eleven dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat berkata tawaran itu termasuk semua anak syarikat dan syarikat sekutu Caring.
Premis perniagaan di Perak beroperasi 7 pagi hingga 7 malam mulai hari ini - MB
Katanya, arahan ini berkuat kuasa 23 Mac hingga 31 Mac, atau sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik.
Mahu kurangkan pergerakan umum, 7-Eleven kini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam
Kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven akan mula beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020.
Berjaya Assets jual 1.41 peratus pegangan dalam 7-Eleven dengan RM25 juta
Berjaya Assets Bhd menjual 1.41 peratus kepentingan ekuiti dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd kepada True Ascend Sdn Bhd secara tunai.
Program francais 7-Eleven kembali lagi
7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melancarkan pakej francais dengan pelaburan sebanyak RM250,000.
7-Eleven jadi sasaran Jabatan Imigresen
Kedai serbaneka 7-Eleven di seluruh Amerika Syarikat menjadi sasaran pihak berkuasa Imigresen yang menjalankan operasi memburu pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah.
Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven
Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.
7-Eleven di Indonesia tutup perniagaan mulai esok
Indonesia kini tidak lagi mempunyai kedai runcit francais 24 jam 7-Eleven apabila kesemua kedai serbaneka itu akan ditutup mulai esok.