Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap khabar gembira akan mengiringi penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja ini di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada bulan depan.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata tahun 2020 merupakan tahun yang unik dan istimewa dan sudah tentunya pihaknya mengharapkan kejutan istimewa berlaku dalam Belanjawan 2020 yang djadual dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 11 Oktober depan.
"Tentang bonus ini.... saya yakin dengan kebijaksanaan yang berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri kewangan supaya bonus ini mesti ada dan dalam keadaan apa sekalipun.
"Kita mesti mengiktiraf sumbangan penjawat awam dalam usaha mereka memastikan negara terus stabil, aman dan makmur, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan CEUPACS Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata biarpun kerajaan kini sudah bertukar namun agensi serta kementerian dan para pekerjanya masih sama dan terus berkhidmat tanpa ada sebarang prejudis.
Menerusi Belanjawan 2020 itu juga Azih berkata kerajaan perlu meneliti gaji serta Sistem Saraan Malaysia yang tidak disemak selama 17 tahun lalu.
Beliau berkata, 2020 satu tahun yang amat istimewa sebab itu Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri keempat, memilih 2020 sebagai satu tarikh untuk meletakkan negara kita sebagai negara maju.
"Walaupun perdana menteri telah menganjakkan masa untuk meletakkan Malaysia sebagai negara maju pada 2020 ke 2025, harapan kami supaya gaji permulaan tahun 2020 itu mesti berada di atas garis kemiskinan."
Dalam pada itu CEUPACS turut merayu pada kerajaan agar penjawat awam terus berada di zon selamat dan turut meminta agar kerajaan mengekalkan kewujudan 21 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan 33 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang sebelum ini dikatakan akan ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 22 2019

Menerusi Belanjawan 2020 itu juga Azih berkata kerajaan perlu meneliti gaji serta Sistem Saraan Malaysia yang tidak disemak selama 17 tahun lalu. - Gambar fail

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

PKPB: Waktu bekerja empat jam sehari di pejabat terlalu singkat - MEF
Datuk Shamsuddin Bardan berkata panduan yang diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjejaskan operasi industri dan syarikat yang terlibat.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam tidak sensitif - Azih
Azih berkata, kenyataan itu juga menunjukkan LPPSA seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti langsung terhadap situasi ekstrem yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini.

Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
Presidennya, Adnan Mat menyifatkannya sebagai langkah yang terbelakang kerana wujudnya dua bayaran upah yang berbeza untuk jawatan yang sama di bawah majikan dan kerajaan yang sama.

Cuepacs cadang kerajaan semak semula gaji penjawat awam setiap lima tahun
Ini kerana gaji semasa penjawat awam khususnya kumpulan sokongan hanya mampu dibelanja untuk tempoh dua minggu termasuk pembayaran bil-bil utiliti, pembetungan, telefon dan makan minum di rumah.

Wujudkan dasar pengurusan stres kepada penjawat awam - Cuepacs
Kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi tekanan melampau di tempat kerja.

Henti lakukan tugas kewangan sekolah - Cuepacs
Seramai 1,084 pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di sekolah di Perak yang menjalankan tugas kewangan dinasihatkan untuk berhenti melakukan tugas tersebut.

Cuepacs rayu kerajaan tidak gabung UMT, UNISZA
Dua universiti itu mempunyai matlamat yang berbeza, selain penggabungan itu akan mengecilkan bilangan universiti di Malaysia.

Belanjawan 2020: Pertimbang elaun kesusahan bandaraya, selaraskan elaun COLA - CUEPACS
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan elaun kesusahan bandaraya.

Belanjawan 2020: CUEPACS harap kerajaan beri bonus sebulan gaji
CUEPACS berharap khabar gembira akan mengiringi penjawat awam dengan pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada kumpulan pekerja ini di seluruh negara dalam pembentangan Belanjawan 2020.

Cuepacs cadang kerajaan perkenal Skim Persaraan Anjal
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mewujudkan Skim Persaraan Anjal.