Rakyat kini boleh menikmati diskaun sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad mulai tahun 2020, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, langkah itu akan memberi penjimatan kepada pengguna lebuh raya tersebut sehingga RM1,130 juta pada tahun 2020, dan RM43 bilion sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038.
Dalam pada itu, Guan Eng berkata, kerajaan masih menimbangkan kesemua cadangan, termasuk daripada Khazanah Nasional Berhad, untuk mengambil alih atau melupuskan semua saham PLUS Malaysia Berhad
“Cadangan yang diterima hendaklah memberi impak positif fiskal dan tidak meningkatkan beban hutang dan bayaran khidmat hutang kerajaan,” katanya lagi.
Selain itu, Guan Eng berkata, Kabinet telah telah meluluskan pengambilalihan empat lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint (SPRINT) dan Terowong SMART (SMART).
“Konsesi sedia ada tidak akan dilanjutkan dan akan tamat mengikut perjanjian konsesi sedia ada.
“Pengambilalihan lebuh raya ini tidak akan membebankan kerajaan kerana kos pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan,” katanya lagi.
Bagi menampung kos itu, Guan Eng berkata, caj kesesakan pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30 peratus berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak.
“Ini akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun, atau RM2 bilion sehingga akhir hayat konsesi,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Oct 11 2019

Diskaun sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia. - Gambar fail Berhad

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Pantau Agenda Reformasi: Menambah baik pengurusan kewangan universiti awam
Susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai tiga universiti awam yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kami membincangkan bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menambah baik pengurusan kewangan yang melibatkan wang rakyat.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), ia membenarkan pengendali berlesen yang layak menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.

BAT Malaysia alu-alukan langkah kerajaan ke atas produk vape, gesa teliti semula cukai tinggi rokok
Pelaksanaan duti eksais bagi produk cecair nikotin dianggap satu langkah tepat bagi mengurangkan bahaya rokok di Malaysia.

Bajet prihatin demi kesejahteraan keluarga Malaysia
Dalam keadaan pandemik dan Malaysia akan berada dalam fasa endemik selepas ini, perpaduan merupakan asas terpenting untuk memastikan Malaysia dan rakyatnya bangkit semula.

Kerajaan digesa benarkan lanjutan operasi PKS sehingga 24 jam
Pandemik COVID-19 yang hampir memasuki tahun kedua menyebabkan industri itu semakin terdesak untuk terus beroperasi.

Bajet 2022: MOT saran tambah kaunter bergerak JPJ
Rancangan untuk menambah 30 unit kaunter itu dipertimbangkan bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Bajet 2022: PH harap cadangan dipertimbang kerajaan
PH telah diberi penerangan oleh Tengku Zafrul berkaitan belanjawan dan terdapat tiga lagi pertemuan

Guru di institusi pendidikan Islam terima bantuan sara hidup RM800
Dana itu adalah daripada peruntukan RM100 juta yang disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah Bajet 2020.

Sidang DUN Negeri Sembilan tangguh - Speaker
'Sidang DUN sepatutnya diadakan pada 30 Mac hingga 3 April, tetapi ditunda kepada 4 hingga 13 Mei depan dengan enam hari tempoh bersidang'.

Gaji minimum: 95 peratus benefisiari adalah pekerja asing
Langkah kerajaan meningkatkan gaji minimum akan memberi kesan terhad kepada ekonomi dan gaji minimum yang lebih tinggi akan memberi manfaat kepada pekerja asing.

Kerajaan agresif terangkan Belanjawan 2020 guna media sosial - Kian Ming
Kerajaan akan menggunakan media sosial dengan lebih agresif untuk memberi penjelasan mengenai Belanjawan 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat pada 11 Oktober lepas.

Ini bukti kerajaan komited untuk perangi rasuah - Latheefa Koya
Penambahan 100 kakitangan pada 2020 adalah manifestasi jelas dalam komitmen memerangi rasuah.