Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengalu-alukan keputusan kerajaan memanjangkan manfaat Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) seperti yang dibentang dalam Belanjawan 2020.
Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata ia akan membolehkan Perkeso meluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan yang belum dilindungi dan memastikan mereka mendapat perlindungan minimum.
"Perkeso berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi fokus kepada keselamatan sosial rakyat dalam belanjawan itu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat Jumaat lepas berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Perkeso untuk memanjangkan manfaat i-Suri pada tahun hadapan.
i-Suri diperkenal pada 15 Ogos tahun lepas bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Lim juga berkata SKSPS turut akan diperluas bagi membolehkan 18 kumpulan yang bekerja sendiri seperti nelayan, petani, pemilik tunggal dan perkongsian mencarum dalam skim itu mulai tahun depan.
SKSPS diwujudkan pada Jun 2017 untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri dan sebagai permulaan skim itu diwajibkan ke atas pemandu teksi, e-hailing (perkhidmatan pengangkutan penumpang) dan pemandu bas.
Sementara itu, Mohammed Azman berkata Perkeso sedang bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 dengan memberi perlindungan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri seperti golongan yang menggunakan platform ekonomi gig.
"Ini termasuk perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda, GrabFood, dan mungkin Gojek sekiranya perkhidmatan itu beroperasi di Malaysia.
"Oleh itu, Perkeso mengambil langkah yang perlu untuk merealisasikan hasrat kerajaan melebarkan jaringan keselamatan sosial kepada lebih ramai rakyat di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 14 2019

Perkeso sedang bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 dengan memberi perlindungan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri seperti golongan yang menggunakan platform ekonomi gig.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

PdPR: MOSTI pandang serius rungutan kekurangan peranti mudah alih
MOSTI memandang serius rungutan plebagai pihak terutamanya ibu bapa mengenai kekurangan peranti mudah alih untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Belanjawan 2021 ajak rakyat Malaysia teguh dan bersatu
Memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion, ia sememangnya satu jumlah yang amat besar berbanding belanjawan negara sebelum ini.

CUEPACS gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
Penebusan awal gantian cuti rehat melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.

PKP: Ekonomi Malaysia menguncup lebih daripada -2 peratus - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jangkaan penurunan tersebut disebabkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Ambil serius pelaksanaan Belanjawan 2020 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pelaksanaan perbelanjaan secara lebih berhemah dan mengurangkan ketirisan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan.

Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.

Program e-Tunai Rakyat: Data peribadi disimpan secara sulit oleh Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehnya adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.

15 juta rakyat Malaysia terima RM30 mulai 15 Januari - Lim Guan Eng
Kerajaan memperuntukkan RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch n Go eWallet yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Sumbangan ekonomi digital kepada KDNK dijangka melebihi 21 peratus pada 2022 - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang melabur sebanyak RM21.6 bilion dari tahun 2019 hingga 2023 bertujuan merancakkan ekonomi digital negara.