Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri yang mendakwa kononnya Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lalu mengetepikan negeri Kelantan dan Terengganu.
Beliau sebaliknya mempersoalkan isu hutang ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.
“Kita (Kerajaan Pusat) ada bagi peruntukan kepada Kelantan dan pada zaman mereka (Barisan Nasional). Duit daripada royalti petroleum pun mereka tidak bagi, tetapi kita bagi.
“Kita hutang orang pun kita bagi dan hutang mereka kita pula kena bayar dan sekarang salahkan kerajaan kenapa hutang banyak,” katanya selepas merasmikan Ekspo Peralatan Perubatan Malaysia (MEDEX) 2019.
Selain itu, beliau turut menyelar kerajaan terdahulu berhubung isu pembelian kapal dari negara China yang menyebabkan kerajaan terpaksa berdepan dengan bebanan hutang hasil pembelian kapal berkenaan.
“Beli kapal dari negara China mereka yang buat bukan kita tapi sekarang bila kerajaan terpaksa bayar hutang mereka cakap bodoh beli kapal dari negara China, katanya lagi.
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang menyuarakan bahawa Belanjawan 2020 hanya menumpukan golongan kapitalis berbanding rakyat miskin selain tidak melihat gambaran jelas berhubung usaha untuk membantu masyarakat luar bandar.
Hilmi Malik
Tue Oct 15 2019

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Peralatan Perubatan Malaysia (MEDEX) 2019 hari ini.- Foto Astro AWANI
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Bayaran fasa pertama BSH 2020 diagihkan bermula 20 Jan
Kementerian Kewangan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020 berjumlah RM300 bagi kategori isi rumah yang akan mula diagihkan pada 20 Januari 2020.

Belanjawan 2020 tidak ketepikan Kelantan - Tun Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri yang mendakwa kononnya Belanjawan 2020 mengetepikan negeri Kelantan dan Terengganu.

'Majikan perlu lihat cuti bersalin satu pelaburan bukan bebanan'
Menurut Penganalisis Ekonomi Bebas, Dr Madeline Berma, majikan seharusnya tidak melihat isu berkaitan pembangunan keluarga sebagai satu kos.

Belanjawan 2020 tidak gembirakan rakyat - Najib
Beberapa angka yang dibentangkan Guan Eng juga diragui termasuklah kadar inflasi negara pada tahun hadapan dijangka 2 peratus.

Belanjawan 2020: Sabah, Sarawak sepatutnya dapat lebih lagi - Penganalisis ekonomi
Langkah itu selepas melihat keperluan dua negeri berkenaan terutama dari segi pembangunan yang masih ketinggalan.

Peluang lahirkan lebih ramai 'Luqman Hakim' - Syed Saddiq
Secara tidak langsung, lebih ramai pemain bola sepak seperti Luqman Hakim boleh dilahirkan.

Belanjawan 2020: Lebih tertumpu kepada usahawan tekno
Belanjawan 2020 dilihat lebih menumpukan kepada usahawan tekno berbanding tahun sebelum ini, ujar Ketua Pegawai Eksekutif BETA Foundation, Lilyana Abdul Latiff.

Cuti bersalin 90 hari mungkin rugikan pekerja dari segi perjawatan - Christy Ng
Usahawan wanita terkenal, Chris Ng tidak bersetuju dengan usaha kerajaan untuk menaikkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.

Belanjawan 2020, ada 'benda' yang kelakar - The Centre
Pengasas Bersama The Centre, Shahril Hamdan menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai tiada pencetus perubahan atau 'game changer'.

Belanjawan 2020: Elaun khas RM500, kenaikan COLA untuk penjawat awam
Beliau juga mengumumkan Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta yang bakal manfaatkan 14,400 anggota bomba.