KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Parlimen hari ini merupakan terjemahan konsep Prihatin Rakyat yang didokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan tekad memastikan kebajikan rakyat tidak diabaikan sama sekali selain meneruskan momentum yang dicapai selepas pelaksanaan pakej ransangan sebelum ini.
"Belanjawan ini juga mencerminkan hasrat dan keperluan rakyat serta perniagaan, hasil maklum balas daripada 6,000 respons yang diterima melalui pelbagai platform dan sesi libat urus.
"Kerajaan telah menggubal sebuah Belanjawan yang berprinsip melindungi (protect) rakyat dan perniagaan dan membantu mereka untuk melonjak kembali (rebound), serta menjamin (secure) masa depan mereka yang lebih berdaya tahan dan lestari.
"Kerajaan sedar bahawa yang paling membimbangkan rakyat adalah kesihatan mereka dan punca rezeki bagi menyokong kelangsungan hidup masing-masing," kata Perdana Menteri dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat selepas gabungan berkenaan mengambil alih kerajaan pada Mac lalu.
Tambah Muhyiddin, kesejahteraan rakyat yang turut disentuh dengan peruntukan sebanyak RM28 bilion menerusi bantuan, subsidi dan insentif kepada rakyat dijangka dapat menangani beban kos sara hidup golongan rentan.
Dalam masa sama, beliau berkata, kerajaan juga komited bagi memberi peluang dan mengekalkan pekerjaan, memastikan keterangkuman dan menjamin kesejahteraan hidup rakyat.
“Bantuan langsung iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dijangka memanfaatkan sejumlah 8.1 juta rakyat dengan peruntukan RM6.5 bilion.
"Kerajaan terus mengambil maklum kebimbangan rakyat tentang kelangsungan hidup mereka, terutamanya dari segi pekerjaan dan punca rezeki. Justeru, kerajaan bertekad untuk mencapai sasaran 500,000 peluang pekerjaan baharu melalui pelbagai program termasuk peningkatan kemahiran dan latihan semula," jelas Perdana Menteri lagi.
Mengenai Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan beliau, Muhyiddin berkata, semua inisiatif kementerian-kementerian dan agensi-agensi akan diselaraskan dalam pembentukan itu.
Belanjawan 2021 juga, kata Perdana Menteri, mengambil pendekatan bersasar untuk memastikan setiap rakyat mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan.
"Pendekatan bersasar ini diambil kira dalam mengizinkan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP bagi mereka yang telah hilang pekerjaan dan benar-benar terjejas.
"Begitu juga dengan penambahbaikan Bantuan Pembayaran Bersasar oleh sektor perbankan dari segi kelonggaran pembayaran kepada peminjam yang dikenal pasti," katanya lagi.
BACA: BELANJAWAN 2021: Kerajaan benarkan keluar simpanan Akaun 1 KWSP secara bersasar
BACA: Belanjawan 2021: Bantuan tunai diteruskan bawah Bantuan Prihatin Rakyat
Tambah Muhyiddin, kerajaan juga akan memastikan sektor perniagaan dan ekonomi terus didorong melalui pelbagai langkah khusus.
Dalam masa sama, usaha memastikan ketahanan ekonomi negara juga antara fokus kerajaan dalam Belanjawan 2021.
"Prinsip melindungi (protect), melonjak kembali (rebound), serta menjamin (secure) juga adalah bertujuan untuk terus menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
"Wawasan ini akan menjadi penunjuk arah dasar-dasar kerajaan dalam merapatkan jurang ekonomi, dengan segala hasil kemakmuran Negara dikongsi oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik dan wilayah," ujar Muhyiddin.
BACA: Belanjawan 2021: Dua pilihan moratorium bermula Disember 2020
Fareez Azman
Fri Nov 06 2020

Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion merupakan terjemahan konsep Prihatin Rakyat yang didokong penuh kerajaan Perikatan Nasional, kata Muhyiddin Yassin. - Gambar BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.