Beliau berkata perbincangan selama dua jam itu memberi fokus kepada beberapa bidang utama termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, kesejahteraan awam, pengukuhan sektor perniagaan selain mengetengahkan enam cadangan utama.
“Saya juga berkongsi dengan mereka mengenai cabaran ekonomi yang dihadapi negara serta tindakan yang akan dilakukan Kementerian Kewangan (MOF) untuk Belanjawan 2021.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada delegasi pemimpin PH kerana telah berkongsi pelbagai pandangan dan pengalaman mereka," katanya di laman Facebooknya.
Sumber Facebook tzafrulaziz
Delegasi pemimpin PH yang menghadiri sesi rundingan itu terdiri daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan sembilan wakil lain.
BACA: Belanjawan 2021: Wakil pemimpin Pakatan Harapan jumpa Menteri Kewangan
BACA: Belanjawan 2021: Masih awal untuk pembangkang nyatakan sokongan
BACA: Belanjawan 2021: Pejuang mahu teliti dahulu sebelum beri sokongan
BACA: Belanjawan 2021: 'Tidak akan dipolitikkan' - Tengku Zafrul
Terdahulu, Tengku Zafrul turut mengadakan pertemuan dengan wakil parti politik dari UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengenai Belanjawan 2021, yang dijadual dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.
-- BERNAMA