KUALA LUMPUR:Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana menimbangkan cadangan kongres itu untuk memanjangkan bantuan khas kepada lebih ramai petugas barisan hadapan.
Presidennya, Adnan Mat berkata, pemberian bantuan one-off kepada semua petugas barisan hadapan selain KKM sebanyak RM300 akan menaikkan lagi moral kakitangan yang ketika ini bertungkus-lumus memerangi penularan COVID-19 demi keselamatan rakyat.
"Sebelum ini kerajaan mengumumkan hanya akan memberikan bantuan one-off sebanyak RM500 kepada kira-kira 100,000 petugas barisan hadapan KKM sahaja.
"Alhamdulillah kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan pemberian bantuan one-off kepada semua petugas barisan hadapan lain sebanyak RM300," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: Semua petugas barisan hadapan terima 'one-off' RM300, termasuk anggota polis dan tentera
BACA: Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat
BACA: Belanjawan 2021: Skim i-Sinar diperluaskan kepada semua ahli KWSP - Tengku Zafrul
BACA: Agong zahir penghargaan semua ahli Dewan Rakyat sokong Belanjawan 2021
Ujarnya lagi, bantuan one-off itu bukan keutamaan tetapi penghargaan yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat akan menaikkan semangat pasukan barisan hadapan yang memerah keringat untuk kesejahteraan rakyat.
Selain itu, keputusan kerajaan untuk mengkaji dan menyelaras semula kadar elaun perumahan penjawat awam membuktikan kerajaan peka dengan kebajikan penjawat awam.
"Ia merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk memperkasakan lagi sistem perkhidmatan awam terutama dalam soal kebajikan warganya.
"Kadar elaun perumahan bagi negeri Sabah adalah yang tertinggi dan penjawat awam yang berkhidmat di Sabah mendapat elaun lebih tinggi daripada penjawat awam di Sarawak atau Semenanjung. Ia wajar disemak semula kerana kali terakhir ia disemak adalah pada 30 April 2002," katanya lagi.
Walaupun kelulusan Belanjawan 2021 itu hanya di peringkat dasar, namun, Cuepacs optimis Belanjawan tersebut akan tetap diluluskan sekali lagi selepas ia dibahas di peringkat jawatankuasa.
"Seperti yang ditekankan oleh Cuepacs sebelum ini, Belanjawan kali ini amat penting dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam secara keseluruhannya mampu menjadi pemudah cara kepada rakyat supaya mereka dapat keluar daripada kemelut ekonomi ekoran pandemik COVID-19.
"Sehubungan dengan itu Cuepacs berharap semua pihak di blok pembangkang dan kerajaan terus mencari titik persefahaman dalam isu Belanjawan 2021.
"Titik persefahaman terbabit adalah rakyat. Rakyat adalah keutamaan kepada semua pihak ketika ini kerana hampir semua menerima kesan daripada penularan pandemik COVID-19," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Thu Nov 26 2020
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana menimbang kongres itu untuk memanjangkan bantuan khas kepada lebih ramai petugas barisan hadapan. - Gambar fail/BERNAMA
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan pembelian meluas ketika sesi akhir, dengan petunjuk pasaran menamatkan dagangan pada paras tertinggi harian, dipacu oleh saham-saham tenaga, kata penganalisis.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.
Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.
Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.
RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial.
Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).
Dialog Tiga Penjuru: Jika Trump mahu Gaza siapa yang boleh halang?
Cadangan Trump ambil alih Gaza, gencatan senjata hanya sekadar scam?
Usir rakyat Palestin, bagaimana undang-undang antarabangsa boleh halang?
Adakah PBB atau badan antarabangsa lain perlu campur tangan sekiranya tentera AS ditempatkan ke Gaza?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
Usir rakyat Palestin, bagaimana undang-undang antarabangsa boleh halang?
Adakah PBB atau badan antarabangsa lain perlu campur tangan sekiranya tentera AS ditempatkan ke Gaza?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
Tujuh rakyat Itali didakwa jadi sasaran perisian pengintip di WhatsApp
Kerajaan Itali memaklumkan tujuh pengguna telefon bimbit di negara itu menjadi sasaran perisian pengintip dan menyifatkan kejadian itu sebagai sangat serius.
AWANI Sabah+: Ekonomi biru jana pendapatan baharu Sabah
Cabang pendapatan menerusi Ekonomi Biru berpotensi menarik pelabur asing demi merancakkan pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.