KUALA TERENGGANU:Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyarankan Kementerian Kewangan turut memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan pulau di Terengganu menerusi Belanjawan 2021.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Baidzawi Che Mat berkata pembangunan dan peningkatan infrastruktur sokongan seperti jeti, laluan pejalan kaki, kemudahan awam dan pengurusan sisa pepejal akan membantu memulihara aset semula jadi pulau-pulau.
Katanya, ia sekali gus memacu industri tersebut kerana pelancongan domestik ke pulau-pulau dijangka meningkat pasca pandemik COVID-19 selain mengekang ancaman terhadap biodiversiti marin.
"Langkah-langkah lain termasuk peningkatan kemudahan pelancongan dan insentif kepada perniagaan tempatan perlu dipertimbangkan secara serius dan dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pelancong," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Perkara tersebut telah dinyatakan ECERDC menerusi sesi libat urus bagi mendapatkan maklum balas dalam penyediaan Belanjawan 2021 bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Ahad di Kampung Budaya, Muzium Negeri Terengganu, di sini, bersama penggiat industri pelancongan serta minyak, gas dan petrokimia (OGP).
Kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa di bawah Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) 2.0, selain daripada penekanan terhadap pembangunan infrastruktur di destinasi pulau popular seperti Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah, ECERDC juga telah membina mercu tanda ikonik Terengganu, iaitu jambatan angkat Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) serta tapak ekopelancongan di Kenyir dan Setiu Wetlands untuk menarik pelancong.
Selain itu, menerusi sesi libat urus itu, ECERDC turut mengusulkan inisiatif baharu untuk dipertimbangkan pihak kerajaan antaranya sektor huluan sebagai sebahagian daripada aktiviti ECER serta meningkat dan menambah penyertaan daripada syarikat tempatan dalam program vendor.
"ECERDC juga mencadangkan bidang fokus baharu, terutama bahan kimia khusus untuk mendorong pertumbuhan dan menarik pelaburan hiliran bernilai tambah yang tinggi. ECERDC akan terus bekerjasama dengan penggiat industri kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam memacu pelaburan dan pertumbuhan sosioekonomi di wilayah ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020

Pulau Perhentian, salah satu pulau tumpuan pelancong di Terengganu. - Gambar hiasan BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.

MOTAC tidak pernah ketepikan Langkawi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak pernah mengetepikan Langkawi dalam mempromosikan produk pelancongan pulau itu.

Penduduk sifatkan banjir Segamat dahsyat, terburuk dalam 17 tahun
Bandar Segamat bagaikan pulau apabila masih digenangi air dan menyebabkan ribuan penduduk terputus hubungan.

Kerajaan pastikan rakyat hidup sejahtera meskipun tinggal jauh di kawasan pulau - Annuar
Kerajaan berusaha memastikan semua rakyat hidup dalam keadaan lebih baik dan sejahtera meskipun tinggal di kawasan yang jauh seperti di pulau-pulau.

Rai 100 juta 'subscriber', YouTuber MrBeast hadiahkan pulau persendirian
Pencipta kandungan popular itu menghadiahkan pulau persendirian kepada salah seorang subscriber bertuahnya.

Pangkor destinasi pelancongan marin - Exco
Penganjuran Pangkor International Marine Tourism Conference 2022 (PIMTC22) menandakan bermulanya usaha dan aktiviti pelancongan marin di Perak selepas COVID-19.

Vaksin COVID-19: PICK untuk golongan dewasa di 22 pulau Sandakan berakhir
Dengan kerjasama pelbagai agensi, sehingga 5,000 penduduk pulau berjaya diberikan suntikan vaksin COVID-19.

Kepulauan Mersing tunggu 'lampu hijau' untuk terima pengunjung
Ramai pemain industri pelancongan melahirkan rasa teruja dan tidak sabar menanti kedatangan semula pengunjung.

Lama tidak beroperasi, ada pengusaha pelancongan tukar bidang, perniagaan
Disebabkan agak lama perniagaan tidak beroperasi, ada di antara mereka terpaksa menjalankan perniagaan lain demi menyara kehidupan.

Kempen pelancongan bebas COVID-19 diperluas ke pulau peranginan
Antara pulau peranginan yang menjadi tumpuan utama pelancong seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.