KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 memperuntukkan RM16 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan dan RM17 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pada masa sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan penyelenggaraan aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula dinaikkan kepada RM2.3 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM2 bilion sebelum ini.
"Kerajaan amat mengambil berat berkaitan isu kedaulatan negara. Kerajaan telah melaksanakan Ops Benteng bagi memastikan kawasan sempadan negara sentiasa dikawal dan tidak dibolosi.
"Operasi bersepadu ini diselaraskan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) melibatkan pelbagai agensi seperti ATM, PDRM, Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen dan beberapa yang lain," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.
Selain itu, dalam menangani kegiatan jenayah siber yang kian meningkat, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM27 juta kepada CyberSecurity Malaysia untuk meningkatkan kawalan keselamatan.
"Kerajaan juga sentiasa memastikan kebajikan anggota tentera tidak terabai. Selain terus menyelenggara kemudahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera sedia ada, Kerajaan turut meluluskan pembinaan sebanyak hampir 1,000 buah unit baharu dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM500 juta.
Katanya, kerajaan turut menghargai peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang turut sama membantu dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
"Sebanyak RM153 juta akan disediakan termasuk menaik taraf kemudahan di pusat latihan bagi mengukuh peranan RELA," ujarnya.
PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021
Astro Awani
Fri Nov 06 2020

Kerajaan telah melaksanakan Ops Benteng bagi memastikan kawasan sempadan negara sentiasa dikawal dan tidak dibolosi. -Gambar fail

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv
Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis.

Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera.

Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.

PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.