KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 penting buat sektor pendidikan agar segala perancangan dan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun hadapan, tidak terjejas.
Dalam belanjawan kali ini, sektor pendidikan terus menerima peruntukan terbesar iaitu RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan yang merangkumi aspek kesihatan pelajar di sekolah, baik pulih infrastruktur, kemudahan pembelajaran serta pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pendidikan khas.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang berkata sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan mengganggu kelancaran dan momentum perjalanan sistem pendidikan negara.
"Kita khuatir segala proses terutama dalam menambah baik dan menyelenggara sekolah seperti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual. Bukan itu sahaja, ia juga akan menjejaskan keluarga berpendapatan bawah 40 (B40), contohnya menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang membabitkan ramai murid dan pelajar daripada golongan tersebut," katanya kepada Bernama.
Turut senada, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan yang berpendapat penolakan terhadap belanjawan tersebut akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
Ini kerana, katanya, Belanjawan 2021 antaranya menumpukan untuk meningkatkan akses talian Internet melalui inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang bertujuan memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 sekolah di seluruh negara dan Jaringan Prihatin yang menelan belanja RM1.5 bilion yang akan memanfaatkan lapan juta golongan B40.
"Bantuan ini akan mengurangkan beban kewangan mereka dalam mendapatkan kemudahan Internet. Mereka akan menerima RM180 seorang yang boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan Internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu," katanya.
Inisiatif tersebut sekali gus dapat meningkatkan akses capaian Internet selain memastikan murid dan pelajar tidak keciciran dalam proses pembelajaran.
Pandangan sama turut diutarakan Timbalan Presiden Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak (MyBIM) Amir Hamidi Abd Manan yang menyifatkan kegagalan meneruskan Belanjawan 2021 akan menimbulkan dilema dan impak besar kepada sektor pendidikan khas.
"Peruntukan RM45 juta adalah satu jumlah yang besar buat sektor pendidikan khas. Tanpanya, kementerian akan mempunyai kesulitan dalam melaksana kerja-kerja memperkasakan pendidikan khas seperti yang telah dijadualkan," katanya.
BACA: Masih ada masa untuk MOF pinda Belanjawan 2021 bagi raih sokongan
BACA: Ketepikan perbezaan politik, sokong Belanjawan 2021 - Azizah
BACA: Kerajaan dan pembangkang main peranan dalam Belanjawan 2021 - Penganalisis
Menurutnya, terdapat pelbagai perancangan yang boleh ditambah baik bagi memperkasakan sektor pendidikan khas, antaranya meningkatkan lagi kemahiran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dalam kalangan guru pendidikan khas, merapatkan jurang digital dan penambahbaikan TV Pendidikan dengan khidmat jurubahasa BIM yang bertauliah.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran Mohammad Rizan Hassan berkata penolakan terhadap Belanjawan 2021 akan menyebabkan proses melahirkan tenaga kerja berkemahiran untuk keperluan industri negara berdepan dengan krisis kerana penyedia latihan awam dan swasta tidak dapat berbelanja.
Katanya, industri memerlukan tenaga kerja berkemahiran dalam kadar segera dan kegagalan memperkasakan TVET akan menyebabkan industri berfikir banyak kali untuk meneruskan operasi mereka di negara ini.
"Ketika ini, banyak penyedia latihan awam dan swasta sedang melaksanakan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melalui inisiatif di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan untuk latihan kepada peningkatan kemahiran serta peluang pekerjaan kepada rakyat terjejas termasuk golongan belia.
"Malah, Belanjawan 2021 turut memperuntukkan sehingga RM6 bilion untuk TVET merentasi banyak kementerian seperti Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Skim Perantisan Nasional (SPN) dan Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang diyakini mampu menarik minat belia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 23 2020
Presiden NUTP Aminuddin Awang khuatir segala proses terutama dalam menambah baik dan menyelenggara sekolah seperti yang dirancang tidak dapat dilaksana mengikut jadual sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan. - Gambar hiasan
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.