KUALA LUMPUR:Potensi ketidakupayaan jaminan keselamatan makanan dalam mengharungi gelombang ketiga pandemik COVID-19 menyebabkan banyak negara terutama negara membangun sedang berusaha menggembleng tenaga dalam usaha mengoptimumkan sumber semula jadi.
Ini bagi memastikan sektor pertanian kekal berfungsi seperti biasa dalam membekalkan makanan berkualiti yang mencukupi dengan harga berpatutan serta pengguna dapat mengakses bekalan mentah di saat kawalan pergerakan dan kehilangan sumber pendapatan.
Kandungan Belanjawan 2021 yang dibentangkan ketika gelombang ketiga pandemik sedang memuncak dilihat bertepatan pada masanya apabila rakyat menantikan insentif penting dalam merencanakan kepentingan semasa terutama bagi memastikan industri pertanian dan keselamatan makanan dijamin kelangsungannya.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Saiful Irwan Zubairi berkata berikutan pandemik yang tiada penghujungnya, isu keselamatan makanan dilihat memberi kesan berantai kepada negara.
"Risiko utama tahap keselamatan makanan pada sesuatu negara khususnya Malaysia sepanjang krisis pandemik adalah gangguan rantaian bekalan makanan domestik.
"Walaupun harga makanan dilihat kekal stabil namun, kesan berantai ini telah mulai kelihatan seperti inflasi harga bahan mentah di sepanjang pembekalan makanan kepada pengguna, gangguan pembekalan dan operasi pengangkutan serta penurunan kadar tukaran mata wang semasa," katanya kepada Bernama.
BACA: Kerajaan sasar penghasilan beras tempatan kepada 75 peratus - Ronald Kiandee
Beliau berkata terdapat ramalan seperti yang dinyatakan dalam Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjangkakan 265 juta penduduk dunia bakal berhadapan dengan risiko ketidakstabilan jaminan makanan pada penghujung 2020 disebabkan kehilangan sumber pendapatan.
Namun, ramalan risiko itu dilihat sederhana di negara ini terutama dengan kerancakan pelbagai pemberian insentif Belanjawan 2021 antaranya pembiayaan kredit mikro melalui Tekun, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berjumlah RM1.2 bilion dalam membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas sumber pendapatan.
"Peruntukan RM1.4 bilion bagi Skim Pembangunan Nasional dan Bank Pembangunan Nasional untuk menyokong pelaksanaan rantaian pembekalan domestik dan meningkatkan penghasilan produk tempatan adalah langkah tepat dalam menyerap kembali kos peningkatan harga yang mendadak atau menampung kembali kos operasi pekilang akibat penurunan permintaan sepanjang tempoh pandemik yang tidak menentu ini," katanya.
Beliau berkata peruntukan RM30 juta untuk e-rebat RM200 bagi pembelian unit penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga bagi operasi pengilangan dan penyimpanan bahan mentah juga dilihat penting untuk manfaat khususnya peladang kecil dan sederhana dalam memastikan pengekalan pembekalan dan keberadaan sumber bahan mentah pertanian yang segar dan bebas kerosakan.
"Selain itu, peruntukan RM1.5 bilion bagi pelanjutan subsidi upah dalam membantu 70,000 majikan dan 900,000 pekerja dalam sektor peladangan dan pertanian amatlah bertepatan dalam mengimbangi kembali aliran tenaga kerja dan pembekalan hasil pertanian," katanya.
Sementara itu, Timbalan Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Normaz Wan Ismail berkata terdapat dua dimensi utama dalam keselamatan makanan yang diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov lepas.
Ia melibatkan keupayaan membeli makanan dengan pemberian pelbagai insentif dalam bentuk wang tunai mahupun insentif lain bagi membolehkan isi rumah menggunakan wang dan pendapatan untuk membeli makanan yang mencukupi selain peruntukan agihan kewangan yang tinggi kepada sektor pertanian dan makanan bagi memastikan rantaian makanan tidak terputus dan terjamin.
"RM3.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang daripada jumlah itu, RM1.72 bilion diberikan dalam bentuk subsidi, insentif dan bantuan lain kepada petani dan nelayan. Bantuan ini akan dapat memberi manfaat dalam meningkatkan keupayaan pengeluaran produk pertanian," katanya.
Katanya, aspek utama dalam usaha meningkatkan pengeluaran pertanian dan industri makanan adalah modal serta pasaran dan Belanjawan 2021 dilihat sangat inklusif dengan pelbagai insentif berbentuk pinjaman, geran dan latihan kepada mereka yang mahu mengembangkan perniagaan ataupun mahu memulakan perniagaan baharu.
"Kita perlu mengambil peluang krisis COVID-19 ini untuk meningkatkan pengeluaran dalaman terutama sekali daripada sektor pertanian dan makanan asas. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan dan memastikan kelestarian jaminan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020

Aspek utama dalam usaha meningkatkan pengeluaran pertanian dan industri makanan adalah modal serta pasaran. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
![[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET [KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667893373_calon.jpg)
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.

500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.

Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.

Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.

4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.

Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
![[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan? [KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622894649_Parlimen.jpg)
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.

Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.