KUALA LUMPUR:Kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan daripada syarikat penerbangan di Malaysia yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta.
"Kerajaan sedar bahawa sektor pelancongan terutamanya syarikat penerbangan merupakan antara sektor yang paling terkesan.
"Sehubungan itu, kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan dari syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM50 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, bagi merancakkan segmen ekopelancongan, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara.
Sementara itu, bagi memastikan ketersediaan tempat tumpuan pelancong, sebanyak RM50 juta disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara.
Katanya sejumlah RM20 juta juga diperuntukkan bagi menambah baik infrastruktur dan mempergiat promosi Kampung-Kampung Budaya di Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.
"Pada masa yang sama, kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta bagi memastikan bangunan warisan kebangsaan seperti bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara terus kekal terpelihara dan menjadi ikon pelancongan," katanya.
Dalam pada itu katanya, melihat industri pelancongan kesihatan berpotensi sebagai pelaburan baharu negara, maka kerajaan memperuntukkan RM35 juta kepada Malaysia Healthcare Travel Council bagi meningkatkan daya saing industri pelancongan kesihatan tempatan.
"Kerajaan juga akan melanjutkan pengecualian cukai pendapatan bagi eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sehingga tahun 2022," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Fri Nov 06 2020
![Belanjawan 2021: Program latihan, penempatan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan Belanjawan 2021: Program latihan, penempatan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598279512_MalaysiaAirlines.jpg)
Tengku Zafrul berkata, kerajaan sedar bahawa sektor pelancongan terutamanya syarikat penerbangan merupakan antara sektor yang paling terkesan. - Gambar hiasan/Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737458273_tbKLIA.jpg)
Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB
Lapangan terbang serantau dapat manfaat daripada trafik udara yang meningkat dengan penerbangan terus baharu ke destinasi seluruh Asia dan luar Asia.
![Tindakan Frontier berkelakuan kasar terhadap Khabib makan diri Tindakan Frontier berkelakuan kasar terhadap Khabib makan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736750798_KhabibNurmagomedov.jpg)
Tindakan Frontier berkelakuan kasar terhadap Khabib makan diri
Khabib dikatakan diarah mengubah tempat duduk hanya kerana rungutan seorang wanita yang tidak senang dengan kehadirannya secara berdekatan.
![Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733825733_JensBischof.jpg)
Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat
Kos kawalan trafik udara yang meningkat turut memaksa syarikat penerbangan memindahkan beban kewangan ini kepada pelanggan.
![AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724891210_IATA.jpg)
AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.
![Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724891210_IATA.jpg)
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.
![Suruhanjaya Eropah luluskan perjanjian Lufthansa dengan ITA milik Itali Suruhanjaya Eropah luluskan perjanjian Lufthansa dengan ITA milik Itali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733004192_ITAAirways.jpg)
Suruhanjaya Eropah luluskan perjanjian Lufthansa dengan ITA milik Itali
Dengan pakej penyelesaian yang dicadangkan oleh syarikat penerbangan Jerman itu, syarat-syarat untuk perjanjian berkenaan telah dipenuhi.
![76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke 76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729054789_AnthonyLoke.jpg)
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
![MOT lanjut kemudahan RAS sehingga Disember 2025 - Loke MOT lanjut kemudahan RAS sehingga Disember 2025 - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728643989_AnthonyLokebe.jpg)
MOT lanjut kemudahan RAS sehingga Disember 2025 - Loke
Kemudahan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak yang dijangka tamat pada hujung tahun ini telah dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
![Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719203902_TBDATUKHASBIHABI.jpg)
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
![Penurunan signifikan pergerakan penumpang di lapangan terbang Beirut Penurunan signifikan pergerakan penumpang di lapangan terbang Beirut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727140663_BeirutRaficHariri.jpg)
Penurunan signifikan pergerakan penumpang di lapangan terbang Beirut
Empat belas syarikat penerbangan telah menghentikan penerbangan ke Lubnan, kata Jean Abboud.