KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 Selangor seharusnya lebih tertumpu kepada usaha untuk mengembalikan kestabilan ekonomi negeri ini.
Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail menegaskan, fokus juga seharusnya diberikan bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Belanjawan 2021 kerajaan negeri ini walau bagaimanapun tidak banyak memuatkan inisiatif mahupun insentif baharu serta segar yang bagi membantu rakyat Selangor menghadapi hari-hari sukar ketika ini.
"Kebanyakan pengumuman yang dibuat tempoh hari hanyalah kesinambungan program dan dasar sedia ada seperti tahun-tahun sebelum ini ataupun program bertindih yang sebenarnya telah pun sedang dan telah dilaksanakan kerajaan Persekutuan. Ini bukanlah masa untuk kerajaan negeri berjimat-cermat.
"Kerajaan negeri tidak seharusnya takut untuk berbelanja termasuklah jika perlu menggunakan rizab kerajaan negeri. Tetapi pada masa yang sama, ia juga bukanlah masa untuk kerajaan negeri berbelanja secara sambil lewa dengan melaksanakan program yang tidak memberi keuntungan dan manfaat kepada kumpulan besar rakyat di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.323 bilion bagi perbelanjaan tahun 2021.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.22 bilion (53 peratus) diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus manakala RM1.103 bilion (47 peratus) akan digunakan untuk Perbelanjaan Pembangunan.
Dalam pada itu kata Rizam, blok pembangkang turut menyuarakan isu bekalan air yang kian teruk di Selangor.
"Dalam belanjawan yang lepas Kerajaan Negeri Selangor telah membelanjakan sebanyak RM700 juta dalam menyelesaikan masalar air namun gagal.
Terkini dalam Belanjawan 2021, RM779 juta pula peruntukan yang dikatakan mampu menyelesaikan 99 peratus masalah air.
"Rakyat sudah muak dengan janji-janji manis yang hanya cantik di atas kertas namun pelaksanaannya amat mengecewakan," ujarnya.
Rizam turut menyatakan sokongan bersyarat Blok Pembangkang jika Belanjawan 2021 yang dicadangkan Amirudin memberi keuntungan kepada rakyat Selangor.
Tegasnya, mereka juga menolak sekeras-kerasnya apa-apa bentuk program yang tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat terutamanya pasca penularan pandemik COVID-19.
Sebelum ini, Amirudin berkata, Belanjawan 2021 akan mengalami defisit berjumlah RM1.23 juta berpunca daripada peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan.
Defisit itu bagaimanapun jelasnya adalah lebih rendah berbanding unjuran defisit 2020 iaitu RM133 juta.
Astro Awani
Mon Nov 02 2020

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail menegaskan, fokus Belanjawan 2021 Negeri Selangor seharusnya lebih tertumpu kepada usaha untuk mengembalikan kestabilan ekonomi negeri itu. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.

Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.

Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.

Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.

SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.

Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.

Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.

Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Pelaksanaan berterusan festival merupakan antara usaha kerajaan negeri menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat.