PUTRAJAYA: Belanjawan 2023 memperkasakan lagi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meneruskan usaha mengukuhkan agenda kesejahteraan rakyat dalam sektor perumahan, kebombaan, komuniti dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang menyifatkan Belanjawan 2023 sebagai reformis, progresif dan mesra rakyat, berkata KPKT menerima peruntukan RM5.333 bilion berbanding RM5.146 bilion pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 3.63 peratus.
Beliau berkata KPKT menyambut baik pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam yang mengetengahkan nilai-nilai MADANI dalam menentukan hala tuju negara, menyemai harapan dan membina keyakinan rakyat.
"KPKT komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka bagi memperkasa setiap lapisan masyarakat sama ada dari sudut ekonomi mahupun sosial.
"Belanjawan 2023 dilihat terus memberi tumpuan kepada agenda daya huni di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
KALKULATOR BELANJAWAN 2023
Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023 dengan cadangan peruntukan RM388.1 bilion sebagai usaha mendukung pertumbuhan ekonomi supaya limpahannya dapat dinikmati semua rakyat.
Nga berkata sebanyak 11 inisiatif melibatkan KPKT diumumkan menerusi Belanjawan 2023 antaranya peruntukan RM50 juta bagi penggantian lif usang di Program Perumahan Rakyat (PPR).
Turut diumumkan peruntukan RM367 juta bagi pembangunan PPR baharu yang bakal memanfaatkan 12,400 penghuni.
Menerusi belanjawan itu, sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi memperbanyakkan aktiviti berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari termasuk RM10 juta untuk menggerakkan program kebun komuniti di peringkat Parlimen sebagai menyokong agenda keterjaminan makanan.
Nga berkata pengumuman Belanjawan 2023 jelas menunjukkan bahawa kerajaan serius untuk meletakkan semula Malaysia di landasan yang betul supaya negara boleh bergerak maju ke hadapan.
"Pembaharuan dalam Belanjawan 2023 juga adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap cabaran yang dihadapi rakyat dalam membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia," katanya
Beliau berkata Belanjawan 2023 juga akan dapat menyokong pasukan KPKT untuk terus melaksanakan tujuh bidang fokus utama kementerian merangkumi aspek Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kemampanan Bandar, Pengurusan Sisa Pepejal serta Perkhidmatan Kebombaan dengan lebih cemerlang, demi kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023

KPKT menerima peruntukan RM5.333 bilion berbanding RM5.146 bilion pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 3.63 peratus. -Gambar fail/Twitter Bernama

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.

Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
![[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir' [KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694414118_KSPRMKPMAnwar.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
![[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara [KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690861845_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.

Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.

Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.

Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.

Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.