KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menggandakan usaha untuk membawa pekerja gig menyertai skim simpanan persaraan arus perdana walaupun terdapat daya tarikan yang baik dari segi kadar pengambilan untuk simpanan sukarela di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata seorang pakar ekonomi.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup dan ancaman daripada penipu kewangan, yang boleh menjejaskan kebajikan jangka panjang pekerja gig.
"Isu utamanya adalah mengenai kebajikan pekerja gig, terutamanya berkenaan dengan simpanan persaraan mereka.
"Ia adalah mengenai celik kewangan dalam kalangan pekerja gig dan bagaimana agensi kerajaan boleh merapatkan jurang dalam pengetahuan. Jadi, perlu ada usaha yang diselaraskan dalam kalangan kementerian berkaitan perkara ini," katanya kepada Bernama mengenai fokus ekonomi gig bagi Belanjawan 2024.
Mengenai fokus ekonomi sukan elektronik (e-sukan) bagi Belanjawan 2024, Mohd Afzanizam berkata, beliau mencadangkan e-sukan dijadikan sebagai daya tarikan pelancong memandangkan program Melawat Malaysia sepatutnya diadakan pada 2025.
"Program Melawat Malaysia yang sepatutnya diadakan pada 2025, perlu memasukkan e-sukan sebagai acara utama mereka.
"Ini akan melibatkan peruntukan untuk kementerian berkaitan seperti pelancongan dan belia dan bagaimana mereka bekerjasama untuk menganjurkan acara sebesar itu," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Kandungan Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Mohan Low Han Sen berkata, lima harapan Belanjawan 2024 MDEC adalah berkaitan dengan pembangunan permainan di bawah e-sukan, terutamanya memperuntukkan belanjawan khusus untuk pembangunan permainan e-sukan; memupuk kerjasama antara pembangun tempatan dan penerbit permainan antarabangsa; memperkenalkan insentif untuk pembangun permainan e-sukan; mempromosikan e-sukan dalam acara berbilang sukan; serta penyelidikan dan analisis e-sukan.
"Kita harus memperkenalkan insentif (untuk pembangun permainan e-sukan) seperti pelepasan cukai atau geran, untuk pembangun permainan yang mencipta tajuk e-sukan dan mengambil bahagian dalam acara e-sukan tempatan dan antarabangsa selain memberi ganjaran kepada pembangun yang mereka bentuk permainan yang menyerlahkan budaya warisan atau sejarah Malaysia," katanya.
Low berkata, untuk meningkatkan lagi pembangunan permainan di Malaysia, beberapa inisiatif dan pelaburan utama diperlukan, terutamanya program untuk pembangunan kapasiti syarikat pemula niaga; dana untuk menyokong kos pembangunan syarikat pemula niaga; dan dana untuk pemasaran dan kesedaran kepada orang ramai.
Menurutnya, secara keseluruhannya, anggaran kos untuk inisiatif ini dalam jajaran RM10 juta hingga RM15 juta setahun tetapi angka ini boleh berbeza-beza bergantung kepada matlamat tertentu.
Beliau berkata, komitmen jangka panjang dan penilaian berterusan adalah kunci kepada kejayaan inisiatif tersebut dan kerajaan perlu menubuhkan pusat pembangunan permainan di wilayah utara, timur, selatan dan tengah Malaysia yang terletak di lokasi strategik untuk memastikan kebolehcapaian pembangun dan peminat daripada pelbagai tempat di negara ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ini disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup dan ancaman daripada penipu kewangan, yang boleh menjejaskan kebajikan jangka panjang pekerja gig. - Gambar fail/Sinar Harian
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Belanjawan 2024: Gandakan usaha bawa pekerja gig sertai skim simpanan persaraan arus perdana - Pakar ekonomi
Ini disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup dan ancaman daripada penipu kewangan, yang boleh menjejaskan kebajikan jangka panjang pekerja gig.