KUALA LUMPUR: Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan akan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD) di bawah Belanjawan 2024.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Azizan Abdul Aziz berkata skim tersebut membantu mengurangkan kesesakan sistem penjagaan kesihatan awam menerusi kerjasama dengan klinik pengamal perubatan (GP) swasta dan wajar diperluaskan untuk pengurusan NCD.
Dr Azizan berkata NCD telah menjadi kebimbangan pada peringkat nasional, justeru, pihaknya berharap lebih banyak peruntukan bagi memperhebat langkah-langkah pencegahan NCD termasuk dana untuk menyokong program pendidikan kesihatan dan kempen kesedaran kepada orang awam di sekolah dan peringkat komuniti.
"Kerajaan harus memanfaatkan 13,000 GP swasta di seluruh negara dalam usaha ini. Melibatkan semua pihak berkepentingan dari peringkat perancangan mesti diberi keutamaan, demi kejayaan pelaksanaan mana-mana inisiatif awam-swasta.
"Sebagai sebahagian usaha negara untuk mencegah kes obesiti dan kencing manis, cukai pada produk makanan dan minuman tinggi gula wajar dinaikkan dengan hasil yang dikutip disalurkan kepada rawatan penyakit berkaitan pengambilan gula tinggi," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) Dr Geeta Appannah berharap peruntukan penjagaan kesihatan bagi Belanjawan 2024 memberi keutamaan kepada penyelidikan mengenai obesiti, bagi memastikan individu mendapat manfaat daripada intervensi yang berkesan.
Beliau berkata kajian mengenai intervensi obesiti dan bidang-bidang prospektif sangat kurang ketika ini dan patut dijalankan, memandangkan kebanyakan penyelidikan adalah kajian keratan rentas namun masih gagal mencari punca sebenar obesiti.
Selain meningkatkan risiko beberapa penyakit serta kematian, beliau berkata obesiti menurunkan kualiti hidup dan jangka hayat, selain turut meningkatkan kos penjagaan kesihatan individu dan negara.
"... berita baiknya ialah kehilangan berat badan boleh menyekat risiko berkaitan obesiti. Bagaimanapun, lebih banyak usaha diperlukan untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai kegemukan dalam negara dan usaha ini perlu penglibatan semua kumpulan umur.
"Peruntukan tambahan dalam bidang kesihatan awam untuk memperkasa rakyat dan komuniti untuk mengambil tindakan terhadap obesiti adalah permulaan yang baik, bagaimanapun perlu ditekankan bahawa kesedaran sahaja tidak boleh menurunkan prevalens obesiti, memandangkan ia hanya menjawab satu bahagian daripada kerumitan obesiti," katanya.
Pada 8 Sept lepas, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata 73 peratus kematian di negara ini berpunca daripada NCD, dengan separuh daripada rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit tersebut yang membawa kepada risiko komplikasi lebih tinggi jika tidak diberi rawatan awal.
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebih atau obes, dengan prevalens lebih tinggi dalam kalangan wanita iaitu 54.7 peratus, dan individu berumur 55 hingga 59 tahun pada 60.9 peratus.
Kajian itu turut menemukan bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia mempunyai celik kesihatan yang rendah yang dibuktikan oleh gaya hidup tidak sihat dan tidak aktif, tidak makan buah dan sayur secukupnya serta merokok.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menyarankan supaya kerajaan menyuruh majikan menyediakan pakej pemeriksaan kesihatan berkala kepada pekerja mereka.
"Belanjawan 2024 patut memasukkan insentif penjagaan kesihatan yang memudahkan pekerja melakukan pemeriksaan (kesihatan) berkala, kekal sihat dan mempunyai jaringan keselamatan yang baik," katanya.
Sektor kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar iaitu RM36.3 bilion dalam Belanjawan 2023 dan Skim Perubatan MADANI menerima peruntukan RM100 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Sektor kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar iaitu RM36.3 bilion dalam Belanjawan 2023 dan Skim Perubatan MADANI menerima peruntukan RM100 juta. - Foto fail
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha
Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.

Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.

Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.

Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.