KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 yang membuka tirai bermula esok hingga 30 Nov.
Menurut laman rasmi Parlimen, pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan akan berlangsung 4 petang pada 13 Okt.
Seperti kebiasaan, pembentangan Belanjawan 2024 boleh diikuti secara langsung menerusi siaran televisyen utama, serta platform dalam talian seperti di YouTube Parlimen Malaysia.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan MADANI 2024.
Menurut Perdana Menteri, antara isu yang difokuskan dalam belanjawan itu bagi KKM ialah pembinaan klinik-klinik kesihatan dan mengatasi masalah kesesakan hospital kerajaan di seluruh negara.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 dijadual dibahas di peringkat dasar bermula 16 hingga 26 Okt, sebelum jawapan oleh menteri-menteri selama empat hari.
Ia kemudian diteruskan dengan perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa bermula 6 hingga 27 Nov, sebelum diluluskan Dewan Rakyat.
Sementara itu, antara rang undang-undang yang akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua adalah Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dijadualkan pada 10 Okt.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sebelum ini memaklumkan pembentangan rang undang-undang itu adalah suatu bentuk komitmen berterusan KKM dan kerajaan Malaysia MADANI dalam memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat dilindungi daripada bahaya produk merokok.
Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 12 Jun lepas, serta dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan dan penilaian dibuat oleh ahli JKPK bagi memantapkan rang undang-undang berkenaan supaya dapat dibincangkan, diteliti dan disokong kesemua pihak (bipartisan).
Selain itu, Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 turut dijangka dibentang pada persidangan kali ini.
Memetik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan pada Sabtu, pembentangan itu sejajar dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun lepas sebagai menghormati dan memberi lebih kuasa kepada Sabah dan Sarawak atas semangat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63).
Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul meletakkan harapan agar sidang Parlimen kali ini dipenuhi dengan perbahasan dan idea berkualiti untuk pembangunan negara.
Beliau dipetik sebagai berkata adalah penting untuk Ahli Parlimen menunjukkan nilai yang baik kerana ada kajian menunjukkan golongan muda semakin berminat untuk mendengar perbahasan serta mengikuti perkembangan di Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Seperti kebiasaan, pembentangan Belanjawan 2024 boleh diikuti secara langsung menerusi siaran televisyen utama, serta platform dalam talian seperti di YouTube Parlimen Malaysia. - Gambar fail/Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.