SHAH ALAM:Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.323 bilion bagi perbelanjaan tahun 2021.
Belanjawan yang bertemakan 'Melakar Realiti Baharu: Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat' mampu mencipta 15,000 peluang pekerjaan bagi rakyat Selangor, terutamanya mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik COVID-19.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.22 bilion (53 peratus) pula diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus manakala RM1.103 bilion (47 peratus) akan digunakan untuk Perbelanjaan Pembangunan.
Katanya, bagi tahun 2021 juga, kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2.2 juta setara seperti anggaran hasil tahun semasa.
Jelas beliau, antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun 2021 adalah Premium Tanah iaitu sebanyak RM1.03 bilion bersamaan 46.98 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan.
"Penyumbang kedua terbesar adalah hasil Cukai Tanah iaitu sebanyak RM545.84 juta bersamaan 24.81 peratus manakala penyumbang ketiga terbesar adalah daripada Pemberian Persekutuan iaitu berjumlah RM206.85 juta bersamaan 9.40 peratus," katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2021 dalam Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-14 di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, Belanjawan 2021 akan mengalami defisit berjumlah RM1.23 juta berpunca daripada peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan.
"Perkara itu mengambil kira jangkaan Hasil Negeri yang berjumlah RM2.2 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.323 bilion.
"Defisit ini bagaimanapun adalah lebih rendah berbanding unjuran defisit 2020 iaitu RM133 juta," katanya.
Sementara itu, beliau menambah, belanjawan itu turut memfokuskan lima strategi utama iaitu Pertanian, Pelancongan dan Agropelancongan; Kesihatan Awam dan Bandar Berdaya Huni; Usahawan Mikro, Digitalisasi & Kemiskinan Bandar; Penciptaan Kekayaan dan Industri Kreatif.
Fauzi Suhaimi
Fri Oct 30 2020

AMIRUDIN: Belanjawan 2021 akan mengalami defisit berjumlah RM1.23 juta berpunca daripada peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Selangor peruntuk RM2.53 bilion dalam Belanjawan 2024
Belanjawan Selangor 2024 turut mengalami defisit berjumlah RM330 juta, namun lebih rendah berbanding tahun lalu dengan pengurangan sebanyak RM120 juta.

Belanjawan Selangor 2021 peruntuk RM2.323 bilion
Bagi tahun 2021 juga, kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2.2 juta setara seperti anggaran hasil tahun semasa.

Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat
Disebabkan jumlah kos mencecah RM250 juta, kerajaan negeri buat keputusan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secara sekali gus.