KUALA LUMPUR: Pemergian Tan Sri Sabbaruddin Chik pada Sabtu meninggalkan impak yang sangat besar kepada negara.
Khidmat bakti bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu amat dirasai terutamanya dalam kalangan rakan seperjuangan dan kenalan politik.
Rata-rata mereka menzahirkan penghargaan atas jasa beliau dalam membangunkan negara.
Bagi Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin, beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang sosok yang hebat dan pemergiannya kehilangan besar buat negara.
"Seorang yang hebat. Rakan yang baik. Pegawai kerajaan yang taat.
"Perunding perniagaan yang terkenal, dan ahli politik yang merendah diri.
"Perginya seorang lagi 'orang lama' Malaysia," katanya dalam perkongsian ringkas kepada Astro AWANI.
Allahyarham Sabbaruddin menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi setelah seminggu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
BACA: Sabbaruddin Chik meninggal dunia
BACA: Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Sabbaruddin Chik
BACA: 'Allahyarham Sabbaruddin Chik figura penting dalam perjuangan politik saya' - Ismail Sabri
Nursyazwani Saiful Sham
Sun Dec 05 2021

Kadir menyifatkan Allahyarham Sabbaruddin sebagai seorang sosok yang hebat dan pemergiannya satu lagi kehilangan besar buat negara. -Gambar fail

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.
AWANI Ringkas: 'Gummy' mata - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Mantan KSU Kementerian Kesihatan Datuk Ismail Adam meninggal dunia
Allahyarham Ismail Ada pernah terlibat dalam perancangan asal pembinaan Istana Budaya.

Jenazah Allahyarham Sabbaruddin Chik selamat dikebumikan
Jenazah Bekas menteri Kabinet, Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira kira jam 10.40 pagi Ahad.

Belasungkawa Sabbaruddin Chik: 'Allahyarham rakan yang baik, sosok hebat' - Kadir Jasin
Kadir menyifatkan Allahyarham sebagai seorang sosok yang hebat dan pemergiannya satu lagi kehilangan besar buat negara.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Sabbaruddin Chik
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

'Allahyarham Sabbaruddin Chik figura penting dalam perjuangan politik saya' - Ismail Sabri
Sabbaruddin dianggap sebahagian daripada episod penting dalam sejarah perjuangannya dalam dunia politik.

Sabbaruddin Chik meninggal dunia
Tan Sri Sabbaruddin Chik dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Perdana Menteri imbau kenangan, kongsi pandangan dengan mentor politik
Pertemuan dengan Tan Sri Sabbaruddin Chik membawa Perdana Menteri kembali menjejaki pengalaman di awal penglibatan dalam politik.

Musa Yusof ganti Mirza sebagai KP Tourism Malaysia baharu
Pelantikan itu dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.