KETIKA duka pemergian cendekiawan dan negarawan ulung, Tun Dr Arshad Ayub ke rahmahtullah belum reda diratapi, Malaysia dikejutkan pula dengan berita sedih kepulangan artis legenda, Hamid Gurkha ke negeri abadi.
Kesedihan seluruh negara berikutan pemergian Allahyarham ayahanda Arshad Ayub dan Pak Hamid Gurkha sukar diterjemahkan dengan kata-kata kerana kedua-dua tokoh itu telah memainkan peranan yang bukan kecil dalam pembangunan masyarakat Malaysia sepanjang hayat mereka.
Kedua-dua bunga bangsa itu telah memberikan bukan sedikit kebahagiaan dan kegembiraan buat kita seluruh masyarakat.
Di gelanggang seni tanah air, takdir telah menentukan seniman Hamid Gurkha dihadirkan kepada untuk mengisi kekosongan dalam diri sebahagian besar daripada kita.
Mereka yang pernah membesar dengan lakonan Pak Hamid tentu sekali ketika ini sedang tersenyum sendiri mengenangkan betapa seniman itu sudah meninggalkan 1,001 kebaikan.
Masakan tidak, Pak Hamid dengan lakonan, guruan dan celotehnya yang spontan telah mewarnakan gelanggang perfileman negara selama berdekad-dekad.
Tidak hanya di layar perak, bahkan sepanjang hayatnya, setiap masa Pak Hamid tidak lekang menghiburkan ramai orang dan menggembirakan hati semua orang di sekelilingnya barangkali terapi buat beliau.
Bukan sekadar bergurau, namun, candanya terselit pelbagai maksud yang mendalam.
Tanpa pernah memikirkan imbuhan atau pulangan dalam bentuk kemasyhuran waima kekayaan melimpah ruah, sebaliknya, apa yang paling utama dilakukan seniman berjiwa besar itu dalam kerja-kerja seninya ialah memastikan penonton terhibur dan dapat lari daripada masalah yang sedang dihadapi.
Barangkali, itulah prinsip seni orang-orang lama seperti Pak Hamid yang dapat kita tafsirkan dari pandangan mata kasar.
SENYUMAN PAK HAMID
Meninggalkan kerjaya sebagai anggota tentera dan terjun ke dunia seni adalah sebesar-besar pengorbanan dilakukan Pak Hamid.
Hari ini, Pak Hamid pergi membawa seluruh kebaikan yang pernah beliau taburkan kepada kita untuk kembali bertemu Yang Maha Esa pada usia 90 tahun.
Musafir Pak Hamid ke alam barzakh sudah tentu akan ditemani sedekah-sedekahnya yang tidak putus dipanjangkan ketika hayatnya.
Dan tentu sekali, jariah itu akan menjadi antara bekalan di senarai teratas Pak Hamid untuk bertemu dengan para malaikat kelak.
Sedekah terbesar Pak Hamid adalah senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya.
Senyuman manis Pak Hamid juga antara yang akan kekal di kotak fikiran mereka yang pernah membesar dengan kerja-kerja seninya atau individu yang pernah mengenali Allahyarham secara peribadi.
Seperti dikongsi artis versatil, Datuk Afdlin Shauki, sepanjang hayat Pak Hamid, sudah terlalu banyak pahala yang dikumpul Allahyarham melalui senyumannya.
“Senyuman beliau sentiasa boleh membuat sesiapa saja tersenyum,” kata Afdlin berkongsi keistimewaan yang ada dalam pelakon legenda itu.
Dalam perkongsian itu juga, Afdlin tidak lekang-lekang memuji keperibadian Allahyarham Pak Hamid yang disifatkannya sebagai seorang peramah.
“Bahkan Allahyarham sentiasa merendah diri walaupun menjadi ikon dunia komedi yang sangat hebat,” sambung Afdlin.
Sebagai generasi yang meneruskan kegemilangan seni tinggalan Pak Hamid dan rakan-rakannya, Afdlin mengagumi bakat besar Allahyarham yang mampu bertahan berdekad lamanya.
Tambah mengagumkan Afdlin, Pak Hamid menjadi ikon ketika media sosial belum lagi menjelma.
“Allahyarham menjadi ikon ketika tiada media sosial, lawak jenakanya dikembangkan secara organik dan dari mulut ke mulut.
“Allahyarham menjadi idola bagi dua ke tiga generasi pelawak dan akan sentiasa disanjungi dan disayangi,” kata Afdlin merakamkan penghargaan buat seniman yang akan sentiasa menjadi idolanya
khususnya ketika beliau memulakan kerjaya dalam dunia seni tanah air.
"PAK HAMID PELAKON SEJATI"
Bagi seniwati Fauziah Ahmad Daud pula, kesempatan bekerjasama dengan Pak Hamid mendedahkan beliau pada kehebatan Allahyarham bukan semata-mata atas kedudukannya sebagai pelakon komedi.
Jauh lebih mengagumkan, kata Fauziah atau mesra disapa Ogy ialah, Pak Hamid merupakan seorang pelakon yang memiliki kemahiran seni yang tiada tolok bandingnya.
“Saya memperoleh keistimewaan bekerjasama dengan Allahyarham dalam sebuah drama bersiri 13 episod. Bila bekerjasama dengan Allahyarham, saya nampak aktor dalam diri beliau, bukan lagi pelakon komedi.
“Beliau sangat serius, komited dan sentiasa berusaha memenuhi apa sahaja tuntutan watak sekalipun berhadapan cabaran. Saya amat kagum dengan Pak Hamid. Beliau meletakkan kepentingan watak atau jalan cerita berbanding keselesaaan diri sendiri.
“Pengalaman itu membuka mata saya mengenai kebenaran bahawa seniman dan seniwati veteran merupakan pelakon sejati yang memiliki nilai yang amatlah tinggi. Saya bersyukur kerana Allah menemukan saya dengan Pak Hamid,” cerita Ogy mengenai pengalaman bekerja dengan Allahyarham Pak Hamid dalam drama bersiri Maya.
Pengalaman Ogy dan perkongsian Afdlin mengenai Allahyarham Pak Hamid tentu sekali akan mencetus keinsafan dalam diri kita mengenai betapa di sebalik kehebatan dan kemasyhuran seseorang itu, masih ada ruang sebenarnya untuk kita merendah diri.
Semulia-mulia seseorang itu ialah tidak mendabik dada dengan kelebihan yang Allah kurniakan.
Pak Hamid adalah contoh insan terbilang, kalau sudah tidak didendang sekalipun, kerja-kerja seninya sudah cukup menjadi justifikasi pada personalitinya.
Sepanjang hayatnya sebagai anak seni, Pak Hamid meninggalkan kita lakonan malar segar dalam filem Panglima Badol (diterbitkan pada 1978).
Demikian juga dengan filem Sikit Punya Gila dan Jejaka Perasan antara yang akan terus dikenang sepanjang zaman.
Jangan dilupa filem Aku Yang Berhormat yang diterbitkan pada 1983 juga antara karya terbaik yang pernah dilakonkan Pak Hamid.
Pak Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman meninggalkan seorang balu, Timah Abdul Hamid, 80, yang dinikahinya pada April 1957.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
Lelah Pak Hamid di dunia sudah berakhir.
Selamat jalan Pak Hamid, terima kasih atas kebaikan yang ditaburkan.
Al-Fatihah...
Saharudin Musthafa
Tue Jun 14 2022
Pak Hamid pergi membawa seluruh kebaikan yang pernah beliau taburkan kepada kita untuk kembali bertemu Yang Maha Esa pada usia 90 tahun.
AWANI Tonight: Weststar-GAP Secures Offshore Aviation Contract with Santos
Weststar-GAP, a joint venture between Weststar Aviation and Timor GAP has signed a contract with Santos Limited, an Australian oil and gas company. Astro AWANI's Khalis Khadir has the details.
BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.
Parlimen Greece gagal pilih presiden baharu dalam undian pusingan kedua
Tiada calon memperoleh majoriti yang diperlukan. Pusingan seterusnya bagi pemilihan Presiden Republik akan diadakan pada 6 Februari.
AWANI 7:45 [31/1/2025] – Jaminan PM | Tukang rumah dipenjara | Seludup dadah di KLIA | Pemulihan berbelas tahun
- PM beri jaminan siasatan kes tembak warga Indonesia di Banting telus
- Lelaki ugut keluarga Harith Iskander terkait isu ham dipenjara
- Tiga termasuk warga Britain ditahan di KLIA bersama dadah RM1 juta
- Gaza musnah sepenuhnya, pemulihan ambil masa 10 ke 15 tahun
- Lelaki ugut keluarga Harith Iskander terkait isu ham dipenjara
- Tiga termasuk warga Britain ditahan di KLIA bersama dadah RM1 juta
- Gaza musnah sepenuhnya, pemulihan ambil masa 10 ke 15 tahun
Banjir: Premier Sarawak hargai peruntukan segera Persekutuan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan segera lebih RM25 juta untuk Sarawak dan Sabah.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.
Malaysia akan bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini akan membantu mempermudah Timor-Leste untuk menyertai perjanjian ekonomi ASEAN.
Dialog Poket Rakyat: GPI | Menilai pembangunan ekonomi, alam sekitar & kesejahteraan sosial
Adakah kita sedang menikmati kemakmuran yang tulen? Ikuti diskusi dan analisis mengenai perspektif pengukuran prestasi dan penilaian adil pembangunan ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan sosial dalam Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
"Teringat suara dia minta.." - Anak bongsu Hamid Gurkha sebak imbau kenangan
Kata Nor sebelum bapanya uzur, Hamid sering meminta anak dan cucunya berkumpul dan meluangkan masa bersama.
Jenazah Hamid Gurkha selamat dikebumi
Jenazah pelawak veteran Abdul Hamid Ab Rahman atau lebih dikenali Hamid Gurkha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Kampung Jawa di
[BELASUNGKAWA] Selamat jalan Pak Hamid, terima kasih atas kebaikan yang ditaburkan...
Takdir telah menentukan seniman Hamid Gurkha dihadirkan kepada untuk mengisi kekosongan dalam diri sebahagian besar daripada kita.
Zul Huzaimy juara All Stars Buka Panggung, bawa pulang RM50,000
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Lebih ramai penggiat seni veteran akan dihantar menunaikan umrah - Rizal Mansor
Usaha ini sebagai merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin memberi peluang kepada penggiat seni veteran menunaikan umrah.