KLANG: Kegiatan haram sindiket yang membeli botol-botol arak dari kelab malam sebelum memproses dan menjual semula arak berkenaan kepada pelanggan warga asing berjaya ditumpaskan Polis Klang Utara menerusi serbuan di dua buah premis di sekitar Meru di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah D9 IPD Klang Utara berjaya membongkar kegiatan sindiket dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu.
"Serbuan pertama dijalankan di sebuah premis di Jalan Jabar dan berjaya memberkas seorang wanita warga Myanmar dipercayai bekerja di premis berkenaan.
"Pemeriksaan dijalankan turut merampas enam kotak berisi arak pelbagai jenama dan 24 botol arak pelbagai jenama serta wang tunai berjumlah RM1,066 dipercayai hasil jualan arak," katanya ketika sidang akhbar di IPD Klang Utara pada Jumaat.
Katanya, penahanan suspek wanita di lokasi pertama membawa kepada penemuan sejumlah besar arak di sebuah rumah yang terletak bersebelahan premis berkenaan.
"Serbuan kedua berjaya menemukan lebih 20 kotak dipercayai berisi arak pelbagai jenama, peralatan memproses arak, gulungan wayar, dapur serta pelbagai peralatan lain.
"Siasatan awal mendapati jumlah rampasan bernilai lebih RM100,000," katanya.
Menurutnya, suspek yang ditahan kemudiannya dibawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan lanjut.
"Rampasan dijalankan di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967 dan suspek kini direman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.
Tambahnya, polis kini masih mengesan dua lelaki warga Myanmar berumur antara 30 hingga 40-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 07 2022

Vijaya (dua dari kiri) menunjukkan antara arak yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Klang Utara pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

Empat kampung di Tanah Merah dijangka banjir hari ini hingga 27 Feb
Empat kampung yang terletak berhampiran lembangan Sungai Golok di Tanah Merah dijangka mengalami banjir mulai hari ini hingga Khamis.
Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Beras tempatan 10kg RM26 di pasaran mulai 1 Mac - KPKM
Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) akan dijual di pasaran bermula 1 Mac ini.
[TERKINI] Beras bersubsidi RM26 untuk keluarga miskin mula 1 Mac
Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram akan mula dipasarkan di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 1 Mac ini.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu "scammer"
Seorang wanita kerugian RM116,039 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang disertainya sejak Disember lepas.
AWANI Ringkas: Purata 4,000 kenderaan lalu depan HKL setiap jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senjata api: 'Saya minta maaf atas apa yang berlaku' - Hafizul Hawari
Hafizul Hawari dihukum penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram.

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Konflik Laut China Selatan, salah guna AI antara usul Malaysia dalam Pemukiman ADMM - Khaled
Malaysia menegaskan keperluan untuk memastikan keselamatan maritim di rantau ini khususnya di Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik.

Beli botol arak dari kelab malam, jual arak tiruan
Siasatan awal mendapati jumlah rampasan bernilai lebih RM100,000.