KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.
Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Rashid Shuhaimi, 29, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Abdul Rashid membayar denda tersebut.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mageswary menyoal tertuduh sebab dia membeli pistol itu dan Abdul Rashid menjawab: "Beli untuk hobi, sukan menembak".
Mageswary menasihatkan bapa kepada seorang anak itu agar mengikuti kursus menembak untuk mendapatkan lesen sekiranya berminat sukan itu, bukannya memiliki pistol tiruan.
Abdul Rashid didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan jenama GLOCK, sebuah kelopak warna hitam dan 128 butir peluru di sebuah rumah di Perumahan Rakyat Pantai Permai, Jalan Pantai Dalam, Brickfields di sini pada 3.45 pagi, 20 April lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, peguam Zolazrai Zolkapli mewakili Abdul Rashid merayu hukuman minimum kerana anak guamnya yang mempunyai pendapatan RM1,000 sebulan perlu menanggung isterinya yang tidak bekerja dan seorang anak berusia tujuh bulan.
"Anak guam saya membeli pistol itu di platform jualan dalam talian, jadi orang awam boleh membelinya bila-bila masa. Anak guam saya juga membeli senjata berkenaan hanya untuk permainan, bukan tujuan jenayah," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas. - Gambar hiasan

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.

Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.

Lelaki tunggang motosikal sambil acu pistol tiruan ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal sambil memegang sebuah objek menyerupai pistol di sekitar Bukit Besar di sini, hari ini.

Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.

Beli pistol tiruan kerana hobi, juruteknik didenda RM2,000
Seorang juruteknik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pistol tiruan yang dibeli secara dalam talian, dua hari lepas.

Padah lagak tayang pistol tiruan sambil minum arak, 3 lelaki ditahan polis
Tiga lelaki berusia antara 20 tahun sehingga 22 tahun telah ditahan pihak polis kerana memiliki pistol tiruan dekat sini pada Jumaat.

Lelaki ugut pelayan restoran guna pistol tiruan dibeli di media sosial ditahan polis
Polis menahan tiga lelaki berhubung kes menyamar sebagai pegawai polis dan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang pelayan restoran di sebuah hotel dengan menggunakan pistol tiruan.

Minat miliki senjata api membawa padah
Minat mendalam seorang peniaga terhadap barangan senjata api membawa padah apabila dia ditahan pihak polis selepas disyaki menjual 12 pucuk pistol tiruan bernilai kira-kira RM10,000.