SHAH ALAM: Mahasiswa mahu dua isu utama segera diselesaikan secara tuntas dalam Belanjawan 2024 membabitkan peluang pekerjaan dan pemberhentian diskaun pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Penggerak dan Pengasas Mahasiswa Watan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Iman Azhar berkata, kerajaan disaran menstruktur semula kemahiran pelajar dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi memastikan kebolehpasaran pekerja tempatan dalam industri profesional.
Menurutnya, lepasan graduan terpaksa melupakan hasrat berbakti dalam bidang masing-masing dan memilih bekerja sendiri atau menyertai ekonomi gig selain dibebani hutang pinjaman.
“Pemerkasaan kemahiran insaniah bagi meningkatkan potensi diri supaya mereka mampu bersaing sekali gus lebih kompeten dan tidak takut dengan cabaran yang mendatang.
“Kami berasa sedikit terkilan sekiranya kerajaan tidak lagi meneruskan insentif pemberian diskaun 20 peratus pembayaran balik pinjaman PTPTN dalam pembentangan Belanjawan 2024 dan ia memberi kesan terhadap pelajar yang baru tamatkan pengajian.
“Belanjawan 2024 perlu lebih inklusif dan terbuka terutama dalam sistem pendidikan termasuk hal ehwal kebajikan mahasiswa,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Dalam pada itu, menurut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Yusuf Hassan mencadangkan agar majikan memperuntukkan lebih 30 peratus jumlah graduan dalam semua sektor industri bagi membuka peluang pekerjaan kepada mereka.
Ujarnya, kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing sekali gus meningkatkan jumlah gaji minimum yang lebih baik.
“Graduan sentiasa mengharapkan dasar yang menggalakkan penciptaan pekerjaan dan memberi peluang kepada mereka untuk memasuki pasaran kerja bagi meningkatkan kemahiran.
“Kerajaan perlu memperluaskan peluang kepada golongan mahasiswa untuk menjadi tenaga mahir dalam bidang mereka supaya pembangunan negara ini terus berkembang maju tanpa perlu bergantung sepenuhnya dengan pekerja asing,” jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung MPP Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Fateh Hazali berkata, kekurangan pendedahan dalam membina jaringan industri menyebabkan graduan terlepas peluang mendapatkan pekerjaan dalam bidang masing-masing.
Menurutnya, persaingan pasaran pekerjaan menyebabkan mahasiswa terpaksa menganggur atau bekerja dengan jumlah gaji yang kurang setimpal selain perlu menanggung hutang pinjaman pelajaran.
“Kekurangan peluang untuk menambah baik bidang baru menyebabkan kadar pengangguran meningkat ditambah dengan bebanan hutang sehingga ada yang tidak dapat melunaskan pinjaman dan akhirnya disenarai hitam,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 07 2023

Lepasan graduan terpaksa melupakan hasrat berbakti dalam bidang masing-masing dan memilih bekerja sendiri atau menyertai ekonomi gig selain dibebani hutang pinjaman. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.

Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat
Menerusi inisiaitf kerajaan pusat itu, beberapa permasalahan penduduk setempat dapat diatasi.

Bantuan Awal Persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.

Sejati Madani: Projek ikan keli sangkar berjaya ubah status pendapatan Mukim Dusun
Melalui program berkenaan, penduduk bukan sahaja meraih pendapatan tambahan, malah turut menimba ilmu kemahiran menternak ikan keli.

UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.

SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti semula amalan oleh syarikat tersenarai awam (PLC) Malaysia dalam menguruskan mesyuarat agung tahunan (AGM).

Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.

Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.

Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.

TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.