SUNGAI SIPUT: Belia Orang Asli digesa merebut peluang disediakan kerajaan dalam memastikan kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi harus menjadi tonggak utama dalam diri mereka agar seiring kehendak semasa.
"Untuk membawa perubahan kepada masyarakat, mereka perlu mendakap konsep pembelajaran sepanjang hayat selain bersedia untuk meningkatkan kemahiran, latihan semula dan kemahiran silang.
"Saya percaya belia Orang Asli juga mempunyai keupayaan dan kemampuan mengadaptasi teknologi moden seperti para belia lain dalam negara sekiranya mereka diberikan peluang yang setara untuk dapatkan akses teknologi atau pendidikan yang dikecapi seluruh rakyat," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Perasmian Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong, Sungai Siput semalam sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2023 yang disambut pada 9 Ogos lepas.
Turut hadir Pengerusi Sekretariat Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Masyarakat Orang Asli Datuk Ramli Mohd Nor; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Sapiah Mohd Nor dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Datuk Mohd Zolkafly Harun.
Rubiah berkata kerajaan melalui Jakoa telah melaksanakan pelbagai program pembangunan Orang Asli khususnya melibatkan belia agar kemajuan negara dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh semua golongan masyarakat.
"Sehingga kini lebih 1,000 belia Orang Asli sudah mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih menjurus kepada penggunaan teknologi moden.
"Kita harapkan mereka dapat memaksimumkan potensi diri melalui program TVET yang mereka ikuti agar dapat bersama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara termasuk di kawasan-kawasan desa," katanya.
Katanya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang menjadi tunjang penting kepada ekonomi negara bersama sektor strategik yang lain.
"Saya sarankan agar Jakoa melihat peluang-peluang dalam sektor pertanian dan asas tani yang dapat dilakukan oleh Orang Asli sekali gus menyumbang ke arah Keterjaminan Makanan Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Rubiah (dua, kanan) menandatangani plak pada perasmian OAOSC Bawong sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2023 di OAOSC Bawong, Sungai Siput, 19 Ogos 2023. -- fotoBERNAMA

Pelancong Republik Czech mengaku salah conteng dinding Maritim Malaysia
Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu kepada Brukner Martin, 33, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris.
Qantas Airways isytihar dividen pertama selepas lima tahun
Syarikat penerbangan Australia Qantas Airways mengisytiharkan dividen pertamanya dalam tempoh lebih lima tahun dan melaporkan peningkatan 11.2 peratus dalam keuntungan asas separuh pertamanya pada Khamis.
Nusantara jana pelaburan baharu bernilai 1.2 trilion Rupiah
Pihak Berkuasa Nusantara menandatangani perjanjian permit penggunaan tanah dan peruntukan aset dengan empat pelabur swasta dan sebuah universiti.
Brazil komited bangunkan platform pembayaran tambahan
BRICS merancang mencari platform alternatif untuk tujuan melakukan pembayaran antara negara-negara anggotanya.
CSG umum kerjasama China-Laos dalam sektor tenaga bersih
Grid Kuasa Selatan China (CSG) mengumumkan bahawa pembinaan Projek Jaringan Transmisi Kuasa 500 kilovolt (KV) hasil kerjasama China-Laos bermula secara rasmi pada Rabu.
EU akan bertindak balas terhadap pengumuman tarif AS
Kesatuan Eropah (EU) bersedia mengambil tindakan pantas dan tegas sebagai tindak balas kepada tarif yang dijangka diumumkan oleh Amerika Syarikat.
Banyakkan bersabar, lebihkan senyuman, kurangkan pertelingkahan - Syahredzan
Ahli Parlimen Bangi merangkap Pengerusi Sementara Dewan Rakyat, Yang Berhormat Syahredzan Johan mewakili Tan Sri Yang di-Pertua mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa yang akan bermula pada hujung minggu ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
AS bakal umum tarif ke atas kesatuan Eropah
Dalam perkembangan sama, Trump mengumumkan bahawa pentadbirannya dijangka akan membuat keputusan mengenakan tarif 25 peratus ke atas produk dari kesatuan Eropah (EU), termasuk kereta.
Tiada rancangan tarik semula keputusan tarif
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan pihaknya tidak akan menarik semula rancangan mengenakan tarif ke atas barangan dari Kanada dan Mexico.
Untung bersih RHB Bank melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan 2024
Keuntungan bersih RHB Bank Bhd melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM2.81 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu oleh pertumbuhan pendapatan keseluruhan yang kukuh.

Belia Orang Asli perlu rebut peluang tingkat kemahiran dalam TVET
Tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi harus menjadi tonggak utama dalam diri belia Orang Asli agar seiring kehendak semasa.