Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohd Rapiee perpendapat bahawa golongan belia perlu bijak menguruskan kewangan mereka bagi menangani masalah kos sara hidup yang tinggi.
"Bagi (penyelesaian) jangka pendek ialah pengurusan kewangan individu itu sendiri. Maknanya mereka kena ukur baju di badan sendiri dan dalam masa yang sama jimatkan perbelanjaan untuk mencari sesuatu yang lebih murah bagi diri mereka," kata beliau dalam sesi temubual pada AWANI 7.45, pada Selasa.
Sebagai contoh, katanya individu yang belum mampu untuk memiliki kenderaan sendiri haruslah korbankan diri mereka dengan menggunakan pengangkutan awam.
"Ini yang paling penting kerana banyak kes orang-orang muda yang terperangkap dengan gaya hidup yang melebihi kemampuan kewangan (mereka)," katanya.
Selain itu, Maliki juga berkata tanggapan bahawa seseorang itu perlu tinggal di bandar-bandar besar adalah suatu tanggapan yang salah.
Katanya, mereka perlu pilih lokasi tempat tinggal di mana kos perbelanjaan itu kurang dan sewanya murah.
Selain itu, ujar beliau inovasi dan kreaviti juga penting untuk membantu mereka menyelesaikan masalah bebanan kos.
"Bakat yang ada empat tahun di peringkat universiti... mereka kena gunakan lebih ramai rangkaian, lebih ramai orang yang boleh bantu meraka dalam bidang yang diceburi supaya sedikit-sedikit mereka boleh gunakan bakat yang ada," tambahnya lagi.
Sementara itu, penyelia agensi Public Mutual Berhad, Qhairul Al-Haffidz berkata antara penyebab golongan belia menghadapi masalah bebanan kos ialah kerana mereka sering membelanjakan wang mereka di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
Katanya, ramai yang terlalu mengikut kemahuan berbanding dengan apa yang mereka perlu iaitu keperluan asas dan sebagainya.
Atas kebimbangan golongan belia berhubung isu kenaikan kos sara hidup, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah memaklumkan akan menyuarakan isu tersebut pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Menurutnya, perkara tersebut perlu dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat.
Haider Yutim
Tue Dec 17 2013
![Belia perlu bijak uruskan kewangan - Presiden MBM Belia perlu bijak uruskan kewangan - Presiden MBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387298726_295x200.jpg)
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Apa kekangan utama untuk memiliki kediaman sendiri? Apa kekangan utama untuk memiliki kediaman sendiri?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81382363770_295x200.jpg)
Apa kekangan utama untuk memiliki kediaman sendiri?
Buletin AWANI 7:45 mengupas isu kemampuan untuk memiliki rumah serta kekangan utama dalam memiliki rumah sendiri.
![Sungai kotor: Di mana tahap kesedaran kita? Sungai kotor: Di mana tahap kesedaran kita?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/41381324499_295x200.jpg)
Sungai kotor: Di mana tahap kesedaran kita?
AWANI745 hari ini membincangkan tahap kesedaran kita untuk memelihara kebersihan sungai di negara ini.
![KLIA2 bukti kemampuan syarikat tempatan KLIA2 bukti kemampuan syarikat tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61381160043_295x200.jpg)
KLIA2 bukti kemampuan syarikat tempatan
Tumpuan Awani 745 membincangkan kejayaan pesawat komersil pertama mendarat di landasan ketiga di KLIA 2 hari ini.