Golongan belia perlu meningkatkan minat terhadap ekonomi digital agar dapat melibatkan diri dalam sektor keusahawanan sekali gus melonjakkan pendapatan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata para belia juga perlu terlibat dalam usaha pembangunan aplikasi serta permainan digital dan bukan sekadar menjadi peserta dalam permainan.
Katanya, ekonomi digital juga bukan hanya untuk diceburi oleh graduan Teknologi Maklumat (IT) malah graduan bidang lain juga memandangkan ia bakal menjadi pemacu utama perkembangan ekonomi negara.
"Lepas ini, kita tidak hanya ingin melihat anak-anak kita memilih kerjaya tradisi seperti doktor, jurutera dan peguam, tetapi mereka perlu terlibat dalam sektor baharu seperti ekonomi digital ini.
"Ini adalah kerana sektor ini akan menambah baik produktiviti dan meningkatkan kualiti hidup golongan itu termasuk memberikan pendapatan lumayan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Digital Campus 2014' di sini, hari ini.
Digital Campus 2014 anjuran Youth on Unity (Y.O.U.) merupakan seminar, bengkel, pertandingan permainan digital dan robotik yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat, di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini.
Mengulas pengajuran program yang julung-julung kali diadakan itu, beliau berkata ia merupakan platform terbaik dalam mendedahkan anak muda Malaysia dengan amalan terkini berkaitan ekonomi digital.
Turut hadir Pengerusi Y.O.U., Mohd Nazifuddin Mohd Najib.
Khairy turut mencadangkan agar aspek literasi digital dijadikan kurikulum dalam pendidikan negara agar kanak-kanak seawal usia terdedah dengan ilmu berkaitan industri kreatif dan multimedia.
Bernama
Sat Oct 04 2014

KHAIRY: Belia perlu tingkat minat dalam ekonomi digital - Gambar fail
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Belia perlu tingkat minat dalam ekonomi digital - Khairy
Golongan belia perlu meningkatkan minat terhadap ekonomi digital agar dapat melibatkan diri dalam sektor keusahawanan sekali gus melonjakkan pendapatan mereka.