KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini mendapati remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella mengalami kecederaan fizikal dan emosi semasa berada dalam pemeliharaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
Hakim Izralizam Sanusi dalam penghakimannya semasa memerintahkan Siti Bainun, 30, membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja berkenaan berkata, sekiranya tertuduh menjaga Bella dengan baik dan penuh perhatian sudah pasti remaja itu tidak akan menderita dan mengalami kesakitan akibat kecederaan dialami.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan (SP) terdiri daripada pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat Bella dan bekas penghuni Rumah Bonda serta merujuk kepada gambar-gambar kecederaan Bella dan rakaman melalui telefon bimbit, saya mendapati mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi semasa berada dalam pemeliharaan tertuduh (Siti Bainun).
"SP3 (pakar pediatrik HKL Dr Nizam Malik Bali Mohamed) mengatakan bahawa terdapat banyak kesan luka lama pada muka, leher kiri, bahagian belakang, perut dan paha kanan pesakit (Bella). SP4 (pegawai perubatan HKL Dr Sheshadri Sridar) dalam keterangannya juga menunjukkan terdapat kesan lecur pada kedua-dua tangan Bella dan kesan-kesan parut di badan Bella," katanya.
Sehubungan itu, Izralizam memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh menganiaya dan menyebabkan kecederaan fizikal serta emosi Bella.
Hakim itu berkata pakar bedah plastik HKL Dr Salmi Mohamed Shukur (SP15) yang merawat luka di kedua-dua tangan Bella menyatakan sepanjang merawat remaja itu, beliau mendapati kecederaan dialami adalah serius yang luka-luka tersebut mengambil masa untuk sembuh.
"SP15 juga menyatakan bahawa luka di kedua-dua tangan Bella adalah luka kelecuran tahap kedua dan ia bukan disebabkan oleh kemalangan atau kecederaan yang dibuat sendiri," kata Izralizam.
Beliau berkata menurut SP2 iaitu Dr Meenambigai PK Sevarajah yang bertugas di bahagian Kecemasan dan Trauma HKL terdapat kesan kecederaan dan parut lama pada badan Bella semasa remaja itu mula-mula dibawa ke hospital berkenaan.
Sementara itu, Izralizam berkata jururawat masyarakat di rumah kebajikan Taman Sinar Harapan Wan Zuriena Wan Ismail (SP14) menyatakan bahawa Bella mengalami trauma dan takut apabila kembali ke pusat penjagaan itu.
"SP14 pernah merawat Bella semasa Bella berada di Taman Sinar Harapan sebelum dan selepas Bella diserahkan kepada tertuduh dan telah memberikan perbandingan sebelum dan selepas Bella diserahkan. Beliau mendapati selepas Bella dihantar semula ke pusat jagaan itu, Bella berasa takut dengan orang, tidak sama seperti sebelumnya dan mengalami trauma serta sering menjerit pada waktu malam," katanya.
Selain itu, Izralizam berkata penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood (SP5) menyatakan di mahkamah bahawa beliau merasakan tertuduh telah menyebabkan kecederaan lecur pada badan Bella dengan menggunakan air panas.
"Keterangan SP15 itu disokong oleh Dr Nizam Malik (SP3) yang berpendapat bahawa kecederaan dialami Bella akibat didera dan mustahil ia dibuat sendiri dan bukan disebabkan oleh kemalangan kerana terdapat banyak kecederaan luka lecur yang berulang kali," katanya.
Sementara itu, Izralizam berkata pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh mempunyai pemeliharaan terhadap Bella berikutan wanita itu telah mendapat perintah jagaan sementara ke atas remaja berkenaan sejak 14 Julai 2020.
Katanya, pada 24 Sept 2020 mahkamah mengeluarkan perintah supaya Bella diletakkan di bawah jagaan tertuduh sehingga berumur 18 tahun dan perintah tersebut meletakkan syarat antara lain supaya Bella tidak boleh dipindah hak penjagaan dan pemeliharaannya kepada orang lain tanpa proses yang sah disisi undang-undang.
"Dengan ini, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan tertuduh membela diri," katanya.
Peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun kemudian memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya akan memberikan keterangan secara bersumpah di kandang saksi.
"Pihak pendakwaan telah menawarkan 15 saksi kepada pembelaan, namun kami masih belum menerima arahan daripada anak guam berhubung perkara itu, bagaimanapun lima saksi pembelaan termasuk Siti Bainun akan dipanggil untuk memberi keterangan dan pihak kami akan memfailkan senarai saksi esok," katanya.
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes itu selama lima hari bermula 5 Dis ini. Siti Bainun dilihat menangis sambil ditenangkan oleh peguamnya selepas mendengar keputusan itu.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, peguam-peguam pemerhati dalam kenyataan media berkata pihaknya berpuas hati terhadap keputusan hari ini yang telah mengambil kira kesemua bukti, keterangan saksi-saksi pendakwaan serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.
"Sesungguhnya keadilan kes ini perlu diperoleh segera supaya ibu bapa atau penjaga khususnya terhadap anak-anak kurang upaya memandang serius aspek kebajikan anak-anak dalam pemeliharaan mereka. Dapatan mahkamah pada hari ini adalah manifestasi perjuangan adik Bella dan masyarakat dalam mencari keadilan buat dirinya (Bella)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022

Mahkamah Sesyen hari ini mendapati remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella mengalami kecederaan fizikal dan emosi semasa berada dalam pemeliharaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali. - Gambar BERNAMA

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.

Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.

Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.

Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.

Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.

Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.

Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.

Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.

Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.