Seramai 16 orang termasuk kanak-kanak melecur apabila belon-belon helium yang menjadi 'prop' untuk program kecergasan Kementerian Pendidikan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini meletup, selepas dikatakan cuba direbut hadirin.
Sembilan kanak-kanak dan tujuh dewasa berumur antara empat dan 30-an cedera dalam insiden kira-kira 11.30 pagi itu yang antaranya adalah peserta dan pengunjung ke program kecergasan berkenaan.
Enam daripada mereka dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya, manakala selebihnya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan berkata belon-belon itu meletup dipercayai akibat cubaan seorang dewasa memotong tali pengikat belon itu bagi melepaskannya dengan menggunakan pemetik api, yang kemudiannya menyambar belon-belon helium berkenaan.
"Polis menjumpai pemetik api yang disyaki di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas program kecergasan itu telah selesai dan orang kenamaan juga telah meninggalkan majlis iaitu waktu untuk "berkemas-kemas".
Program kecergasan itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada sebelah pagi berjalan lancar, di mana pada program itu, Teo turut mengambil bahagian melakukan aktiviti kecergasan.
Rosly berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terlibat dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat.
Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya Dr Khairul Nizam Hassan berkata tiada mangsa yang kritikal.
"Mangsa mengalami luka terbakar tahap pertama dan tahap kedua. Kecederaan yang dialami mangsa berbeza ada yang di kening, rambut dan tangan. Tidak ada yang cedera satu badan," katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang turut melawat mangsa berkata enam mangsa dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lanjut setelah mengalami 'second-degree burn' serta kulit mengelupas, manakala 10 lagi dibenarkan pulang selepas diambil keterangan.
Menurut seorang mangsa yang cedera Sri Rahayu Sugiono, belon itu meletup ketika kanak-kanak berebut-rebut mahukan belon yang digunakan sebagai gimik perasmian program kecergasan itu, selepas majlis penyampaian hadiah berakhir.
"Saya tidak nampak sebarang percikan api. Selepas letupan berlaku kedengaran ramai kanak-kanak menangis dan menjerit," kata Sri Rahayu, 35, antara mangsa yang dibenarkan pulang selepas dirawat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergegas melawat mangsa di Hospital Putrajaya, sejurus selepas menghadiri satu program sempena Hari Kanak-kanak 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) Putrajaya berhampiran di mana beliau dimaklumkan mengenai insiden itu.
Dr Wan Azizah ketika ditemui di Hospital Putrajaya selepas melawat mangsa berkata ada mangsa kanak-kanak yang ditemuinya trauma dengan kejadian itu sehingga tidak mampu untuk bercakap.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia membantu dari segi kaunseling kepada mangsa.
"Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya," katanya.
Teo yang turut melawat mangsa di hospital berkata Kementerian Pendidikan akan mendapatkan laporan berhubung insiden itu namun keutamaannya sekarang adalah untuk mangsa kejadian mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 12 2019

Belon yang menjadi 'prop' untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya meletup menyebabkan 16 orang termasuk kanak-kanak melecur. - Gambar hiasan

Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang berkaitan Titah Adendum - Fahmi
Fahmi berkata pelaksanaan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan proses itu (Titah Adendum) akan diteruskan oleh kerajaan.
Pantau Agenda Reformasi: Caj kesesakan mampu kurangkan kesesakan di KL?
Kerajaan sedang melakukan kajian untuk mengenakan caj kesesakan yang dikatakan mampu mengurangkan kesesakan 20 peratus, ikuti diskusi bersama pakar dari UPM.

Kecederaan Zulfarhan sebabkan kematiannya tidak dapat dibuktikan - Hakim
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menyebabkan kematiannya tidak dapat dibuktikan.

PM Anwar beri bantuan kepada 166 penerima di DUN Beserah, Semambu
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.
ASEAN 2025 | 28 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 menyokong sepenuhnya penyertaan TimorLeste dalam blok berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan
Kebakaran sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat kepada fenomena jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara, seterusnnya boleh memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan masyarakat.

Anugerah Laureus: Bintang tenis, Jannik Sinner dibatalkan pencalonan selepas positif doping
Akademi Laureus secara rasmi membatalkan pencalonan pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, untuk anugerah 'World Sportsman of the Year'.
Thailand komited banteras sindiket penipuan pusat panggilan
Paetongtarn yang tampil di Parlimen pada Khamis turut menzahirkan keyakinan bahawa Thailand berada di landasan betul dalam melaksanakan dasar bagi membanteras jenayah tersebut.
Thailand hantar pulang puluhan etnik Uyghur ke China
Thailand menghantar pulang puluhan etnik Uyghur ke China semalam walaupun diberi amaran oelh kumpulan hak asasi manusia bahawa mereka akan menghadapi penganiayaan sekembalinya ke negara itu.

Belon meletup, 16 termasuk kanak-kanak melecur
Seramai 16 orang termasuk kanak-kanak melecur apabila belon yang menjadi 'prop' untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini meletup.

'Ejen' pakej umrah tipu 16 jemaah ditahan
Seorang wanita ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan urusan pakej umrah membabitkan 16 mangsa.