KUALA LUMPUR: Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata cadangan mewujudkan RUU itu ada dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri.
Beliau berkata sebelum ini, ada beberapa pandangan secara terbuka atau dalam perbincangan yang lebih khusus mengenai keperluan dan kesesuaian konsep Akta Parlimen Berpenggal Tetap seperti di beberapa negara lain.
"Di beberapa negara lain, kebiasaannya undang-undang antilompat parti disekalikan (dengan Akta Parlimen Berpenggal Tetap) atau ada juga undang-undang yang menetapkan tempoh bagi sesebuah Parlimen.
"Contohnya di United Kingdom ada Akta Parlimen Berpenggal Tetap dan di Amerika Syarikat pula, tempoh bagi seseorang Presiden itu berkhidmat adalah empat tahun kecuali beliau berundur atau meletakkan jawatan lebih awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan sayap baharu Orchid Wing di OasisEye Specialists di sini hari ini.
Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata cadangan RUU itu dilihat sebagai antara usaha bagi menjamin kestabilan sesebuah negara sekali gus memastikan peristiwa seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal ke-14 Parlimen tidak berulang.
Beliau juga berkata pelantikan Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sangetha Jayakumar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PLK) bukanlah satu masalah kerana parti itu hanya mengkritik pelantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Fahmi, yang juga Ketua Penerangan parti, berkata terdapat perbezaan antara GLC dan badan berkanun kerana badan berkanun adalah tertakluk kepada akta dan undang-undangnya sendiri.
"Jadi, pelantikan beliau bukan satu masalah kerana LPK bukan GLC," katanya sambil menambah beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet susulan gesaan orang ramai yang inginkan penjelasan mengenai pelantikan sedemikian.
Khamis lepas, Sangetha mengesahkan pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah LPK menerusi hantaran di laman Facebook.
Pelantikan beliau kemudian dikritik di media sosial selepas pengguna merujuk ciapannya pada Oktober 2020 mengenai tindakan kerajaan Perikatan Nasional ketika itu yang memberikan jawatan dalam GLC kepada penyokong gabungan politik itu.
Sementara itu, menyentuh majlis hari ini, Fahmi berkata beliau akan membantu menampung kos rawatan atau pembedahan mata golongan B40 yang memerlukan di kawasan tersebut.
"Komitmen saya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, sekiranya ada mana-mana keluarga yang memerlukan rawatan atau pembedahan berkait dengan kesihatan mata, maklumkan kepada saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengadakan sidang media selepas majlis Pembukaan Bahagian Baharu (Orchid Wing) OasisEye Specialists di Nexus, Bangsar hari ini. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi
Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.