Polis Selangor masih belum dapat mengenal pasti pembekal arak yang mengorbankan 24 individu di negeri itu sejak kejadian dilaporkan pada 17 Sept lalu.
Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya kini meningkatkan kerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam bagi memeriksa premis yang disyaki menjual arak terbabit.
"Selain itu, kita kena sahkan kesahihannya sama ada (arak) tulen atau diciplak. Arak-arak ini kebanyakannya tidak ada label Kastam.
"Kita juga masih menyiasat siapa pembekal arak-arak ini dan sama ada ia datang daripada sumber yang sama. Setakat ini kita masih belum ada sebarang petunjuk mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.
Menurutnya siasatan dilakukan menurut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai.
Mazlan berkata setakat ini, pihaknya telah menahan 15 peniaga dan pekerja premis menjual arak terbabit merangkumi lapan warga tempatan serta tujuh warga asing berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an menerusi 17 serbuan di Shah Alam, Gombak, Sungai Buloh, Kajang dan Klang Selatan.
Katanya daripada serbuan itu, sebanyak 1,480 botol arak dan 1,670 tin bir pelbagai jenama telah dirampas.
"Jumlah kematian sehingga kini kekal 24 orang di Selangor, 17 masih dirawat dan 17 lagi telah dibenarkan keluar dari hospital.
"Mengenai laporan bedah siasat mangsa yang maut, kita masih belum menerima laporan rasmi daripada hospital dan Jabatan Kimia," katanya.
Sejak 17 Sept lepas, lebih 30 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia dan berpuluh lagi dirawat di hospital sekitar Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan akibat keracunan arak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 25 2018

Mazlan (kanan) ketika sidang media berhubung kes keracunan arak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, 19 Sept, 2018. Gambar fail

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.

Penjualan arak: Bantahan wakil rakyat Pas adalah wajar - Gerakan
Gerakan telah mendapat penjelasan yang adil daripada Muhammad Fawwaz berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.

Majlis Islam Selatan Thailand bantah RUU berkaitan ganja, arak dan perkongsian sivil
Ahli Parlimen Yala menegaskan, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam Thailand sekiranya RUU itu diluluskan.

Serbuan kilang haram, PGA rampas arak bernilai RM1.2 juta
Sebanyak 603 liter cecair arak termasuk arak tiruan dianggarkan bernilai RM1.2 juta dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menerusi tiga serbuan berbeza di sekitar Muar.

Pas tetap tidak setuju nama arak Timah - Idris
Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut.

Pengeluar arak mohon tempoh seminggu untuk tukar nama 'Timah'
Syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan jenama 'Timah' mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.

Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.

Isu arak 'Timah': Idris setuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang
Idris berkata perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Arak jenama Timah bukan hasil produk kerajaan - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.

Kilang, premis khusus jual arak tetap dilarang beroperasi ketika 'total lockdown' - KPDNHEP
Hanya kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.