KUANTAN: Calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, yang memperoleh keputusan cemerlang 8A1B bercita-cita untuk menjadi sejarawan.
Muhammad Aziq Asri,18, yang menghidap autisme dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin mengakui tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang sekali gus menjadi dirinya antara pelajar terbaik di Pahang.
"Saya gembira kerana pada percubaan SPM, saya hanya dapat 6A 2B 1C, tapi dengan sokongan cikgu dan rakan di sekolah, ia banyak membantu.
"Sebenarnya saya hanya fokus di dalam kelas dan jika tidak faham, saya akan bertanyakan kepada cikgu. Kelas tuisyen juga hanya di sekolah dan lebih banyak membuat latihan di rumah bermula petang hingga malam," katanya ketika ditemui pemberita majlis keputusan SPM 2022 Pahang di SMK Bukit Rangin pada Khamis.
Muhammad Aziq antara tiga calon CBPK SPM yang cemerlang selain Harith Zakwan Hazlan dari SMK Mengkarak, Bera yang memperoleh 8A dan Muhammad Mukhriz Mustafa dari SMK Karak Setia, Bentong (8A).
Anak bongsu daripada dua beradik itu mahu menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mencapai cita-citanya itu.
Menurutnya, keputusan menyambung pengajian ke peringkat STPM dibuat adalah atas nasihat guru kaunselingnya sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah.
"Cita-cita saya hendak jadi ahli sejarah. Jadi saya berhasrat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan enam selepas ini mengikut nasihat guru.
"Apa yang baik daripada ibu bapa atau guru saya akan ikuti asalkan cita-cita dan harapannya saya tercapai. insya-Allah," jelasnya.
Dia yang menetap di Indera Mahkota 16 bersama ibu bapa, Asri Mohd Din, 54 dan Marlia Thaalmudin, 48, memberitahu mula minat Sejarah ketika di darjah empat dan memperoleh markah yang baik dalam Sejarah ketika peperiksaan tersebut.
“Sejak dari itu, saya suka membaca tentang Sejarah. Kemudian ketika di sekolah menengah, saya suka bermain permainan video tentang perang dan dari situ, saya mula minat mendalami sejarah tentang Perang Dunia,” ujarnya lagi
Sementara itu, Marlia tidak menjangkakan anak lelakinya itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.
"Saya tidak sangka kerana pada usia lima tahun, Aziq disahkan autisme kerana ketika itu kami dapati dia tidak boleh bercakap.
"Namun, saya bersyukur kerana Aziq mampu untuk belajar dan memperoleh keputusan baik dalam pelajaran bersama rakannya di sekolah rendah dan menengah," ujarnya yang tidak menghantar ke sekolah pendidikan khas kerana dia boleh mengikut pembelajaran di sekolah harian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 08 2023

Anak bongsu daripada dua beradik itu mahu menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mencapai cita-citanya itu. - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] Keputusan bedah siasat, kematian berpunca tekanan di leher akibat jerutan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata hasil bedah siasat terhadap pegawai tribunal kastam mendapati kematian disebabkan tekanan di leher akibat jerutan.

Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine.
FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah piala dunia kelab
FIFA mengumumkan perincian hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan kelab bagi edisi baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama.
[TERKINI] Kadar OPR kekal 3%
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia buat keputusan kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.
Pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan antara faktor insiden
Susulan kemalangan maut di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan di Ayer Keroh tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan, antara faktor mempengaruhi insiden tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran.

Piala AMEC: Didakwa jual perlawanan, penjaga gol Kemboja bebas tuduhan
Penjaga gol Kemboja, Vireak Dara, bebas daripada tuduhan mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Disember lalu.

Keluarga harap Eda Ezrin dapat pulang sebelum raya
Keluarga juga akan mengadakan kenduri doa selamat sempena kepulangan dan pembebasan Eda Ezrin apabila dia pulang nanti.

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.

Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.

SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.

Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.

Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.