Polis masih belum dapat menentukan bila bekas guru tadika M Indira Gandhi akan dapat disatukan dengan anak perempuannya Prasana Diksa, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.
Huzir yang mengetuai pasukan khas untuk mengesan bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah dan anak perempuan mereka itu, berkata demikian kepada Bernama semasa ditanya mengenai berita yang menyatakan wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
"Beliau yang memberikan sasaran sehingga Deepavali, (tetapi) kami tidak memberikan sasaran itu kepadanya. Kami telah mengadakan perjumpaan dengannya (Indira) dan beliau berpuas hati, jadi kami akan berusaha menyelesaikan isu ini," katanya.
Awal semalam, Indira, peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal dan Datuk Ambiga Sreenevasan, serta Pengerusi Pasukan Bertindak Indira Gandhi (Ingat) Arun Dorasamy tiba di ibu pejabat polis persekutuan itu untuk mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Bagaimanapun, Indira kemudiannya memaklumkan kepada pemberita yang Abdul Hamid tidak hadir pada perjumpaan itu kerana perlu menghadiri mesyuarat penting di lokasi lain dan diwakili Huzir.
Wanita itu berkata mesyuarat itu berhasil dan mereka bersedia bekerjasama dengan polis berhubung perkara itu.
"Kami dimaklumkan pasukan khas itu telah ditangguhkan disebabkan pandemik COVID-19 dan kami faham ... mereka (polis) turut memaklumkan kepada kami dapatan dan cabaran dihadapi pasukan khas itu setakat ini.
"Kami berharap kami dapat bekerjasama dengan polis, mengadakan lebih banyak perjumpaan untuk bertukar-tukar maklumat dan seterusnya dapat bersatu dengan anak saya, diharapkan menjelang Deepavali (13 Nov) tahun ini," katanya.
BACA: Muhammad Ridhuan Abdullah masih dalam negara - Polis
BACA: Gagal serah anak: PDRM masih berusaha mengesan Muhammad Riduan
Indira juga berkata Prasana akan berusia 12 tahun pada tahun ini dan memerlukan bimbingan dan penjagaan seorang ibu untuk memasuki alam remaja.
Muhammad Riduan melarikan diri dengan anaknya Prasana pada 2009 ketika dia berumur 11 bulan, selepas memeluk agama Islam.
BACA: Henti spekulasi kes Muhammad Riduan, M. Indira Gandhi - KPN
BACA: Muhyiddin nafi dakwaan nombor MyKid Prasana ditukar JPN
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap Muhammad Riduan dan memastikannya mematuhi perintah mandamus dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh dua tahun sebelum itu untuk menyerahkan Prasana kepada ibunya.
Pada Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak Indira termasuk Prasana adalah terbatal dan tidak sah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
![Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/61599174826_MIndiraGandhi.jpg)
Indira bersama peguam dan Arun Dorasamy tiba di ibu pejabat polis Bukit Aman untuk mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Negara pada Khamis, 3 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kenyataan Ambiga hiperbola, tidak berpijak di bumi nyata - Fahmi Kenyataan Ambiga hiperbola, tidak berpijak di bumi nyata - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722501850_TBFahmi.jpg)
Kenyataan Ambiga hiperbola, tidak berpijak di bumi nyata - Fahmi
Kenyataan Ambiga yang mendakwa Kerajaan Perpaduan adalah 'kerajaan diktator' disifatkan sebagai kenyataan hiperbola dan tidak berpijak di bumi nyata.
![Pengampunan Najib: Ambiga gesa PH diam, berhenti cakap mengenai perjuangan lawan rasuah Pengampunan Najib: Ambiga gesa PH diam, berhenti cakap mengenai perjuangan lawan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706946326_DATOSAMBIGA.jpg)
Pengampunan Najib: Ambiga gesa PH diam, berhenti cakap mengenai perjuangan lawan rasuah
Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa Pakatan Harapan (PH) untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan pengumuman Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705472063_TBMASHUPORANGj.jpg)
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik.
![Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674819292_IRC.jpg)
Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.
![Penubuhan majlis musyawarah sementara penting untuk negara - Ambiga Penubuhan majlis musyawarah sementara penting untuk negara - Ambiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51582841679_Ambiga.jpg)
Penubuhan majlis musyawarah sementara penting untuk negara - Ambiga
Ambiga menyeru agar semua pihak agar dapat bersama membantu usaha ini dan melakukan yang terbaik demi negara.
![Keputusan mengenai 18 belia cabar penangguhan laksana Undi 18 pada 17 Jun Keputusan mengenai 18 belia cabar penangguhan laksana Undi 18 pada 17 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616160966_TBMCAPahang.jpg)
Keputusan mengenai 18 belia cabar penangguhan laksana Undi 18 pada 17 Jun
Anak muda yang mewakili gerakan Undi 18 itu memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan Perdana Menteri, kerajaan serta SPR selaku responden.
![Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606192871_SYEDSADDIQ.jpg)
Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah
Muda yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan.
![Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599174826_MIndiraGandhi.jpg)
Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
!['Jangan adakan pilihan raya kerana ia libatkan kos yang tinggi!' - Ambiga 'Jangan adakan pilihan raya kerana ia libatkan kos yang tinggi!' - Ambiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51582841679_Ambiga.jpg)
'Jangan adakan pilihan raya kerana ia libatkan kos yang tinggi!' - Ambiga
Menurut bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, sentimen rakyat terhadap keperluan untuk mengadakan pilihan raya perlu diambil kira.
![PRK Port Dickson: Menang mudah atau mungkin kalah? Ini apa kita boleh jangka PRK Port Dickson: Menang mudah atau mungkin kalah? Ini apa kita boleh jangka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71537875623_PilihanRayaKecil.jpg)
PRK Port Dickson: Menang mudah atau mungkin kalah? Ini apa kita boleh jangka
Selepas dua dekad berjuang untuk duduk di kerusi perdana menteri, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin hampir dengan hasratnya itu.