Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum memuktamad dan mengeluarkan arahan menutup Klinik 1Malaysia (K1M) yang telah dikenal pasti.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini memandangkan proses kajian semula masih perlu dimurnikan sebelum dimuktamadkan oleh pengurusan tertinggi KKM.
"Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat mengenai perkara ini.
"KKM memberi jaminan bahawa proses penutupan klinik yang berkaitan di bawah penjenamaan semula akan dijalankan dengan tertib bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu sebagai maklumat balas terhadap gambar notis pemberitahuan penutupan K1M di sekitar Lembah Klang yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Hantaran (posting) tular itu menunjukkan notis penamatan K1M di sekitar Lembah Klang melibatkan beberapa tarikh pada Ogos dan September depan.
Antaranya melibatkan K1M di Puchong Jaya, Damansara Damai, Kelana Jaya dan Seksyen 24, Shah Alam.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seperti diumumkan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini, kementerian sememangnya dalam proses mengkaji semula K1M di mana ianya akan dijenamakan semula kepada Klinik Komuniti.
Dalam proses semakan semula ini, KKM akan meneliti penutupan beberapa Klinik Komuniti yang memenuhi syarat-syarat tertentu antaranya jumlah kedatangan pesakit yang rendah, keberadaan fasiliti kesihatan lain yang berdekatan serta sewa atau kos operasi yang tinggi.
"KKM akan turut meneliti untuk menaik taraf beberapa Klinik Komunti ini kepada Klinik Kesihatan dan menempatkan lebih banyak Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi serta Pembantu Pegawai Farmasi ke Klinik Komuniti secara berperingkat," katanya.
Sejumlah 347 buah K1M telah beroperasi di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan kepada setiap golongan masyarakat setempat. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 24 2018

Menurut Dr Noor Hisham, penjenamaan semula Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti akan dijalankan dengan tertib bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang diberikan. - BERNAMA/Fail
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Ada sebab kenapa Klinik 1Malaysia ditutup - Menteri jawab bekas PM
Setiap K1M yang dipilih untuk ditutup akan turut dinilai secara eksklusif bagi memastikan keputusan bagi penutupan adalah benar-benar wajar.

Belum muktamad tutup Klinik 1Malaysia - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum memuktamad dan mengeluarkan arahan menutup Klinik 1Malaysia yang telah dikenal pasti.

Waspada penyebaran maklumat di media sosial - Salleh
Salleh mengingatkan masyarakat agar sentiasa menilai dengan penuh berwaspada apa jua maklumat yang diterima dan disebarkan melalui pelbagai medium media sosial.