TAIPING: Berdekatan jalan menuju ke Hospital Taiping, terdapat sebuah bangunan yang terpampang jelas mural juruterbang Amerika Syarikat, Amelia Earhart.
Bagi yang kurang arif tentang wanita ini, beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah yang melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia merentasi Lautan Atlantik pada 1937.
Dikatakan juga, beliau ada singgah mendarat di Lapangan Terbang Tekah di sini pada 20 Jun 1937 untuk mengisi bahan api sebelum meneruskan penerbangan.
Maka begitulah kisah bagaimana mural tersebut diabadikan di situ.
Namun begitu, sejauh mana kebenaran yang mendakwa Amelia memang ada singgah di Taiping, sedangkan ramai ahli sejarah tidak berpendapat sedemikian?
Bukan cakap kosong atau pendapat semata-mata, semuanya berlandaskan fakta yang ditinggalkan dan dikuatkan lagi dengan buku yang diterbitkan suami Amelia.
Buku bertajuk 'Last Flight By Amelia Earhart' diterbitkan sendiri oleh suaminya, George Palmer Putnam berdasarkan tinggalan nota dan diari isterinya setelah Amelia hilang dalam penerbangan solo itu.
Menurut Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee, memang benar juruterbang itu ada memohon permit untuk mendarat mengisi bahan api di Tanah Melayu, bukan hanya di Taiping.
Jelasnya lagi, jika ada pun negeri atau daerah Tanah Melayu yang disebut beberapa kali dalam notanya ialah Alor Setar, Kedah.
"Dia ada mohon permit mendarat di Taiping, Alor Setar, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Singapura.
"Dia ada buat catatan atau diari sepanjang tempoh penerbangan solo, kemudian diterbitkan buku oleh suaminya selepas dia hilang.
"Dalam buku atau memoir itu, tidak disebut langsung tentang mendarat di Taiping, yang ada disebut beberapa kali cuma Alor Setar, Kedah sahaja.
"Itu pun hanya lalu, tapi tidak singgah. Dia ada cerita tentang suasana kawasan padi di Alor Setar," katanya kepada Astro AWANI.
Tambah Nor Hisham, dimaklumkan menerusi petikan buku itu juga, selepas Amelia mengisi bahan api di Bangkok, beliau bergerak ke Singapura dan melalui Alor Setar.
"Kalau kita buat carian di akhbar sekali pun, hanya dapat fakta yang dia mendarat di lapangan terbang Kallang, Singapura tanpa singgah di Tanah Melayu.
"Kalau ikut perancangan, dia akan terbang dari Ranggon ke Bangkok dan Alor Setar, kemudian ke Singapura. Perancangan kedua pula, dari Bangkok terus ke Alor Setar dan Singapura.
"Dalam perjalanan itu, dia memilih berhenti di Bangkok, kemudian terus ke Singapura, dia sudah isi bahan api di Bangkok," katanya lagi.
Berbalik kepada mural juruterbang itu yang dikatakan mendarat di Lapangan Terbang Tekah, Nor Hisham berkata, memang ada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyuarakan isu tersebut.
Namun, semuanya sudah terlambat kerana ia sudah pun dilukis di bangunan itu pada 2019, di luar pengetahuan mereka. Tambahan pula, kos mural itu di bawah tajaan pihak swasta.
Beliau bagaimanapun sedikit terkilan, kerana katanya, pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Taiping (MPT) sepatutnya menyelidik terlebih dahulu fakta sebelum membuat sebarang keputusan.
"Mungkin ramai yang persoal, kenapa baru sekarang nak timbul isu mural di Taiping? Ini kerana, kita tidak dapat maklumat yang mereka akan wujudkan mural itu. Apabila dah hampir siap, baru kita tahu.
"Jadi, apabila sudah siap mural itu, memang tak boleh buat apa-apa. Benda sudah dilukis dan kosnya pula bukan murah.
"Fakta itu sudah salah. Tak pasti apa cara mereka nak olah untuk memperbetul semula mural itu. Ia memerlukan perbincangan daripada pihak berkuasa dan NGO untuk betulkan fakta itu.
"Sebelum buat sesuatu, kena kaji dulu fakta. Lebih-lebih lagi kalau ambil dari sumber internet. Kena lihat dulu (sama ada) sahih atau tidak. Rujuk dulu buku atau rekod.
"Benda membabitkan sejarah ini kena ada perbincangan pelbagai agensi untuk sahkan," katanya.
Nor Hisham berpendapat, mural pada dinding sebuah premis di Jalan Abdul Jalil itu tidak perlu dipadam tetapi hanya perlu diubah berdasarkan penceritaan sebenar.
"Mungkin boleh diubah suai. Kita boleh kata, memang dia (Amelia) ada mohon permit untuk mendarat. Kita cuma tak boleh tulis yang dia mendarat di Lapangan Terbang Tekah.
"Kita masih boleh jual produk atau kisah ini untuk menarik minat pelancong, tetapi kena perbetulkan sedikit. Tak perlu padam (mural) sebab ia sudah ada dan rugi pula, sebab kos mural pun mahal.
"Jangan pula pihak berkuasa anggap NGO cuba jatuhkan atau kritik, tetapi sebenarnya apabila ada isu ini secara tidak langsung menarik minat lebih ramai pengunjung ke Taiping," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, pembetulan akan dibuat jika benar terdapat percanggahan fakta bahawa Amelia sebenarnya tidak pernah mendarat di Lapangan Terbang Tekah.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pihaknya sudah meminta MPT untuk menyemak fakta berhubung isu itu.
Aida Aziz
Wed Aug 10 2022
Bangunan di Jalan Abdul Jalil, Taiping, Perak, yang memaparkan mural juruterbang Amerika Syarikat, Amelia Earhart. - Foto Astro AWANI
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Benarkah juruterbang Amelia Earhart tidak 'singgah' di Taiping?
Amelia Earhart merupakan wanita pertama yang melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia merentasi Lautan Atlantik pada 1937.