KUALA LUMPUR: Isu penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang baharu dan ia kembali hangat diperkatakan apabila berita tangkapan penyanyi nasyid Muhammad Yasin Sulaiman yang juga penghidap penyakit bipolar tular termasuk di media sosial.
Muhammad Yasin yang juga seorang komposer berdepan dua pertuduhan menanam 17 pokok ganja dan mengedar 214 gram dadah, pada 31 Mac 2022.
Gangguan bipolar, sejenis penyakit mental melibatkan perubahan 'mood' atau perasaan secara luar biasa boleh membawa kepada kemurungan dan kegembiraan melampau (mania) secara berpanjangan sehingga menjejaskan aktiviti harian penghidapnya.
Bukan sahaja ia memberi kesan kepada aspek fizikal dan emosi, malah turut mempengaruhi hubungan sosial dan kerjaya penghidapnya.
Antara kaedah rawatan yang lazim digunakan bagi merawat penyakit ini ialah ubat-ubatan, psikoterapi dan cadangan perubahan gaya hidup.
Di samping itu, tidak kurang juga ada yang memilih kaedah rawatan secara alternatif termasuk menggunakan kanabis atau ganja bagi tujuan sama.
Banyak pihak melontarkan pelbagai pandangan termasuk saranan agar kerajaan mempertimbangkan untuk 'menghalalkan' penggunaan bahan itu dalam bidang perubatan dan begitu juga sebaliknya.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 17 Nov 2021 berkata, permohonan bagi penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk dinilai dan didaftarkan sekiranya mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk dipasarkan.
Beliau bagaimanapun berkata, ketika ini tiada produk berasaskan kanabis digunakan bagi tujuan perubatan yang berdaftar di Malaysia.
Sementara itu, pada 12 April 2022, Kaukus Medical Cannabis yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu dasar berkaitan industri hemp (sejenis tumbuhan spesies ganja), ganja untuk tujuan perubatan dan ketum untuk kegunaan di Malaysia.
BACA: Hadir sebutan kes Yasin, Syed Saddiq cadang pada kerajaan iktiraf kanabis sebagai penawar
Sewaktu pertemuan itu Perdana Menteri dilaporkan memberi respons positif terhadap isu yang dibangkitkan.
Antara yang tampil memberi pandangan mengenai penggunaan ganja untuk tujuan perubatan ialah Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Malaysia, kata beliau, harus memainkan peranan serius dengan mengambil tindakan progresif membenarkan penggunaan kanabis dan hemp terutamanya Cannabidiol (CBD) bagi tujuan perubatan.
Menurut Ahli Dewan Negara yang mewakili Orang Kurang Upaya (OKU) itu lagi, langkah membenarkan penggunaan bahan berkenaan juga akan meningkatkan akses golongan OKU kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang sejahtera.
BACA: Ganja untuk perubatan: Tunggu, turunkan jumlah penagih dulu - Hamzah
Turut berkongsi pandangan ialah Pakar Psikiatri dan Pakar Psikiatri Penagihan, Dr Firdaus Aziz yang menyatakan, setakat ini masih belum ada data dan kajian terperinci yang boleh mengesahkan kanabis selamat digunakan bagi tujuan perubatan.
"Ada kajian yang cuba melihat penggunaan kandungan atau bahan tertentu yang ada pada kanabis untuk rawatan psikosis tetapi belum ada data dan kajian konklusif mengenai keberkesanan dan keselamatan bahan tersebut. Penggunaan kanabis tanpa meneliti bahan serta potensinya boleh memudaratkan kesihatan seseorang.
"Terdapat komponen kimia utama atau CBD dan Tetrahydrocannabidiol (THC) yang menentukan tahap potensi kanabis. THC dikaitkan kesan psikosis, 'high' dan keresahan, manakala CBD memberikan ketenangan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Dr Firdaus yang berkhidmat dengan salah sebuah hospital kerajaan di Sabah berkata, kebanyakan individu yang mengambil kanabis setakat untuk bersuka-sukaan akan fokus kepada kanabis yang mempunyai nilai kandungan THC yang lebih tinggi berbanding CBD.
Beliau turut mengingatkan, penggunaan kanabis secara berpanjangan serta dalam kuantiti yang banyak boleh memberi kesan kepada kesihatan mental individu yang mengambilnya dan berisiko untuk mengalami skizofrenia.
BACA: Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
Di samping itu, kajian turut menunjukkan kesan negatif pesakit bipolar terhadap penggunaan ganja termasuklah kes mencederakan serta bunuh diri.
"Dalam bidang psikiatri terdapat ubat-ubatan psikotropik yang berkesan merawat gangguan bipolar antaranya ubat jenis mood stabiliser yang digunakan untuk menstabilkan mood dan mampu mengurangkan tindak balas ekstrem pesakit.
"Namun begitu, perlu ditekankan keberkesanan rawatan turut melibatkan aspek rawatan psikologi seperti kaunseling dan sosial iaitu adanya sokongan keluarga. Selain keberkesanan ubat bergantung kepada kesesuaian individu itu sendiri, keberkesanan rawatan juga memerlukan kerjasama antara pesakit dan doktor yang merawat.
"Justeru, pesakit gangguan bipolar dinasihatkan untuk memahami risiko dan bahaya penggunaan kanabis untuk merawat penyakit itu dan mereka harus bertanggungjawab dengan pilihan kaedah rawatan masing-masing," katanya.
BACA: Penyanyi nasyid Yasin berdepan hukuman mati, mengaku tidak bersalah miliki, tanam ganja
PILIHAN SENDIRI
Sementara itu, Pakar Psikiatri dan Psikiatri Penagihan di Klinik Pakar Alaminda, Dr Mohd Fadzli Mohamad Isa berpendapat, individu yang menggunakan kanabis untuk merawat gangguan bipolar adalah sebagai perawatan diri sendiri kerana memilih cara sendiri bagi merawat penyakit tersebut.
"Besar kemungkinan kandungan yang dimaksudkan (dalam kanabis) adalah sejenis Cannabinoids iaitu CBD dan THC, bagaimanapun ia memerlukan kajian saintifik yang spesifik sebelum dijadikan ubat untuk merawat gangguan bipolar kerana THC mempunyai kesan psikoaktif yang boleh menyebabkan pesakit bertambah teruk," katanya.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Psikiatri Malaysia menambah, penggunaan kanabis dalam jangka masa panjang memberi kesan kepada kesihatan individu seperti pembentukan sindrom kebergantungan atau penagihan, komplikasi fizikal seperti radang paru-paru yang menyebabkan penyakit radang saluran pernafasan dan kanser paru-paru.
"Penggunaan ganja yang berpanjangan turut memberi kesan kepada sistem kognitif atau proses pemikiran seseorang, kesan psikologi dan kesihatan mental seperti kerunsingan melampau, kemurungan, delusi dan halusinasi.
"Kesan sosial yang sering dikaitkan dengan pengambilan ganja pula adalah kemerosotan prestasi dan kualiti kerja, pengabaian tanggungjawab dan konflik dalam perhubungan dengan orang lain," katanya.
TERAPI CARAKERJA
Dr Mohd Fadzli turut berkongsi kajian yang membuktikan penggunaan ubat-ubatan dan psikoterapi yang disokong oleh terapi lain seperti terapi cara kerja yang berterusan dapat mengawal gejala gangguan bipolar yang teruk.
Menurut beliau, kaedah itu membantu pesakit menstruktur kembali kehidupan mereka untuk bekerja dan menjana pendapatan seterusnya menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.
"Kesemua rawatan ini dibuktikan melalui kajian saintifik dan dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan penyakit gangguan bipolar untuk membimbing pengamal perubatan memberi rawatan yang berkesan kepada pesakit," katanya, menambah penggunaan dan keberkesanan kanabis dalam rawatan penyakit psikiatri dan mental ketika ini masih terhad menyebabkan ia tidak dapat digunakan secara rasmi untuk tujuan perubatan.
Beliau menambah, setakat ini di Malaysia, penggunaan ganja untuk tujuan perubatan adalah salah di sisi undang-undang dan segala jenis bahan atau ubat-ubatan yang mengandungi sebarang kandungan ganja termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Saya berpendapat ganja perlu diberikan peluang untuk digunakan dalam bidang perubatan namun kita harus sabar dalam menunggu bukti dan dapatan ilmiah serta kajian saintifik yang kukuh sebelum menggunakannya dalam perawatan perubatan," katanya.
Beliau turut menasihatkan individu dengan gejala penyakit bipolar agar mendapatkan pandangan pengamal perubatan berkelayakan dan berpengalaman mengenai penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
![Benarkah kanabis bantu rawat gangguan bipolar? Benarkah kanabis bantu rawat gangguan bipolar?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652848277_SyedSaddiqYasin.jpg)
Isu penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang baharu dan ia kembali hangat diperkatakan apabila berita tangkapan penyanyi nasyid Muhammad Yasin Sulaiman yang juga penghidap penyakit bipolar. - Gambar fail/MUDA
![Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740094746_TourismPerak.jpg)
Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.
![Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740094728_EgyptIsraelPalesti.jpg)
Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740091041_JDTBolaSepak.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.
![Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740093439_menjualtisu.jpg)
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.
![Bekas pramugara dan dua rakan dipenjara seumur hidup, edar, tanam ganja Bekas pramugara dan dua rakan dipenjara seumur hidup, edar, tanam ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735463448_TBGAVEL.jpg)
Bekas pramugara dan dua rakan dipenjara seumur hidup, edar, tanam ganja
Mereka didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 707.05 gram dan menanam pokok ganja, empat tahun lepas.
![Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733380281_tbmengedardadah.jpg)
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
![Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727082002_JailGeneric.jpg)
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
![Yusoff Rawther didakwa edar kanabis, berdepan penjara seumur hidup Yusoff Rawther didakwa edar kanabis, berdepan penjara seumur hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726108560_YusoffRawthedadah.jpg)
Yusoff Rawther didakwa edar kanabis, berdepan penjara seumur hidup
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
![Edar 100 kg ganja di inap desa, penganggur berdepan tali gantung Edar 100 kg ganja di inap desa, penganggur berdepan tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720071621_tbTaliGantung.jpg)
Edar 100 kg ganja di inap desa, penganggur berdepan tali gantung
Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.
![Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718874899_TBCourtHammer.jpg)
Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 63.48 kilogram, awal bulan ini.
![Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715245838_thailand.jpg)
Thailand ambil langkah lebih tegas terhadap penggunaan kanabis
Srettha Thavisin berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanterasnya.
![Polis tahan 12 keldai dadah, rampas lebih 18kg kanabis Polis tahan 12 keldai dadah, rampas lebih 18kg kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705045917_TBAhmadSukarno.jpg)
Polis tahan 12 keldai dadah, rampas lebih 18kg kanabis
Kesemua mereka berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun itu bergiat aktif dalam pengedaran dadah sejak tiga hingga sembilan bulan lepas.
![Tiga rakan didakwa edar lebih 102kg kanabis Tiga rakan didakwa edar lebih 102kg kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701341186_JUDGE.jpg)
Tiga rakan didakwa edar lebih 102kg kanabis
Tiada pengakuan direkodkan daripada A. Nadarajan, 51, dan R. Thasvindran, 32, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.
![Edar dadah: Pemasang jubin dipenjara seumur hidup, 12 sebatan Edar dadah: Pemasang jubin dipenjara seumur hidup, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698309550_TBCourtHammer.jpg)
Edar dadah: Pemasang jubin dipenjara seumur hidup, 12 sebatan
Seorang pemasang jubin dihukum penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.024 kilogram.