KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) solat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dikaji semula dengan membenarkan saf dirapatkan ketika solat berjemaah.
Ini kerana, kata Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee, umat Islam termasuk para asatizah melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan pendirian pihak berkuasa agama yang dilihat tidak begitu cakna dengan perkembangan semasa.
"Dalam hal ini, saya mencadangkan supaya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) segera mengkaji semula SOP solat berjemaah di seluruh masjid dan surau di Kuala Lumpur.
"Berdasarkan kepada penurunan bilangan kes pandemik COVID-19 di negara ini, saya berpandangan tidak perlu lagi kepada penjarakan fizikal ketika solat berjemaah di masjid dan surau.
"Lagipun, ada sesetengah negeri difahamkan telah membenarkan solat berjemaah di masjid merapatkan saf seperti tuntutan dalam agama," katanya.
Beliau yang merupakan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyuarakan pandangan itu menerusi catatan terbaharu di laman Facebook miliknya hari ini.
BACA: JAWI benarkan solat Jumaat ikut kapasiti dan semua aktiviti imarah masjid
BACA: Masjid Negara sambut baik kebenaran berjemaah ikut kapasiti namun jemaah diingatkan patuhi SOP
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail menjelaskan, semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan menunaikan solat Jumaat serta solat fardu secara berjemaah mengikut kapasiti keluasan dengan mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Jelasnya, kehadiran jemaah dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan sosial satu meter.
Syed Ali menegaskan, langkah mengkaji semula SOP itu perlu, juga bagi mengelak persepsi negatif dan fitnah berhubung ketertiban dalam melakukan ibadat solat berjemaah.
"Saya dimaklumkan, umat Islam dan tokoh-tokoh agama serta para asatizah mula mempertikaikan kenapa solat berjemaah di masjid dan surau masih dikekalkan dengan syarat SOP yang ketat.
"Sedangkan, dalam masa yang sama, aktiviti sosial dibenarkan termasuk stadium bola sepak dengan kehadiran ribuan penonton.
"Jika ribuan penonton dibenarkan hadir ke stadium dan aktiviti sosial dilonggarkan, kenapa untuk solat berjemaah di masjid dan surau masih diperketatkan?" soal beliau.
Syed Ali berkata, pihak MAIWP, Pejabat Mufti dan Menteri Hal Ehwal Agama sewajarnya mencari kata sepakat dengan rasa bertanggungjawab untuk membenarkan saf solat berjemaah dirapatkan semula.
Ia demi kemuliaan dan kesucian agama Islam daripada berterusan menjadi bahan sindiran dan fitnah oleh sesetengah pihak," tambahnya.
Sehubungan itu Syed Ali juga berharap pihak berkenaan menyembah maklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung cadangan merapatkan saf solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Astro Awani
Thu Dec 02 2021
SYED ALI: Jika ribuan penonton dibenarkan hadir ke stadium dan aktiviti sosial dilonggarkan, kenapa untuk solat berjemaah di masjid dan surau masih diperketatkan? - Foto Facebook
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
Benarkan saf solat berjemaah di masjid, surau Kuala Lumpur dirapatkan - Syed Ali
SOP solat di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dikaji semula dengan membenarkan saf dirapatkan ketika solat berjemaah.