ISLAMABAD: Menteri Perubahan Iklim Pakistan Sherry Rehman pada Rabu berkata bahawa banjir yang melanda negara itu adalah antara tragedi iklim terbesar yang pernah disaksikan dunia abad ini.
Banjir itu telah mengorbankan lebih 1,700 orang dan menjejaskan lebih 33 juta lagi.
"Misi menyelamat telah dihentikan, tetapi operasi bantuan itu adalah paling lama pernah dilihat oleh mana-mana negara," kata menteri iklim itu.
Dianggarkan 20.6 juta orang masih memerlukan bantuan.
Beliau berkata bahawa banjir telah menyebabkan nilai kerosakan lebih AS$40 bilion seperti dianggarkan oleh Bank Dunia, dibimbangi kerugian dan kerosakan sebenar adalah lebih tinggi daripada anggaran serta meningkat mengikut peredaran masa, lapor Xinhua.
'Air termenung' yang membanjiri 11 daerah di selatan Sindh dan wilayah Balochistan menjadikan misi bantuan kemanusiaan sebagai suatu cabaran besar, kata Rehman.
Lebih 4 juta hektar tanaman rosak dan ditenggelami air hingga mengakibatkan 14.6 juta orang berdepan krisis makanan dan pertanian, kata menteri itu.
Hasil eksport Pakistan hampir musnah, malah negara itu perlu mengimport makanan selepas banjir.
Rehman berkata 15.4 juta lagi penduduk di Pakistan dijangka berada di bawah paras kemiskinan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

Banjir itu telah mengorbankan lebih 1,700 orang dan menjejaskan lebih 33 juta lagi. - AP

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.

Ketua OIC gesa negara anggota hulur bantuan banjir kepada Pakistan
Beliau menyeru OIC menghulurkan "bantuan kecemasan bagi mengurangkan penderitaan penduduk yang terjejas".